Hari Krismas & Bola Sepak: Apa Maknanya Kepada Pemain Bola Sepak?

Apabila tiba musim perayaan, pastinya masa akan dihabiskan untuk bergembira di samping keluarga tercinta.

Pemain bola sepak juga tidak terkecuali, bagi pemain di La Liga atau Bundesliga mereka pasti sedang bergembira kerana sedang bercuti rehat musim sejuk.

Tapi di England lain ceritanya, jadual perlawanan semakin sibuk apabila musim Krismas dan sambutan tahun baharu. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa mengorbankan cuti mereka bersama keluarga untuk beraksi bersama pasukan mereka.

Berkorban

Bagi pemain Wycombe Wanderers Matt Bloomfield, meninggalkan keluarga untuk beraksi ketika perayaan Krismas merupakan perkara yang cukup sukar untuk beliau lakukan sepanjang menjadi pemain bola sepak.

“Satu perkara yang cukup sukar untuk saya lakukan adalah meninggalkan anak saya ketika sambutan Krismas.”

“Bagi saya, beliau adalah segalanya. Dan ia cukup sukar untuk saya menghabiskan hampir keseluruhan masa Krismas saya tanpa anak saya di sisi.”

Namun begitu, Bloomfield terus bersikap profesional walaupun terpaksa mengorbankan cuti Krismasnya demi kelab.

Beliau juga menzahirkan kesyukuran kerana ditakdirkan untuk dibayar gaji dengan melakukan perkara yang beliau suka – bermain bola sepak.

Akan tetapi, pengorbanan yang dilakukan oleh pemain bola sepak tidaklah sebesar pengorbanan orang lain menurut Bloomfield.

“Ada orang lain yang senasib dengan saya. Cuba lihat jururawat di hospital, ataupun ahli bomba yang terpaksa berkerja di hari Krismas demi bersiap sedia jika ada kecemasan yang berlaku.”

“Pengorbanan mereka lebih besar daripada kita semua. Mereka mungkin makan makanan wajib di hari Krismas, tetapi mereka makan di hospital dan balai bomba. Bukannya bersama keluarga mereka.”

“Mereka semua lakukan perkara ini hampir setiap tahun, dan mereka lakukan tugas mereka dengan cemerlang. Kita harus menghargai pengorbanan mereka.”

 Nikmati setiap saat

Bagi bekas pertahanan Arsenal Martin Keown, bermain bola sepak ketika sambutan Krismas merupakan perkara yang perlu dilalui jika seseorang pemain mahu beraksi di England.

Beliau sudah biasa berjauhan bersama keluarga ketika sambutan Krismas ketika bermain untuk Arsenal.

Bagi beliau, kunci utama untuk melalui saat-saat sukar berjauhan dengan keluarga ketika sambutan Krismas adalah dengan menikmati setiap saat situasi tersebut.

“Kita harus menikmati setiap saat dan menjadi sebahagian dari situasi tersebut. Ia merupakan cara terbaik untuk kita lari sebentar dari memikirkan sambutan perayaan dan fokus kepada pasukan.”

Keown juga berkata pemain harus bersikap profesional walaupun ketika perayaan Krismas. Bagi beliau, ‘melarikan diri’ ketika sambutan Krismas adalah perkara yang sia-sia.

“Jika anda rasa tindakan anda ‘melarikan diri’ dengan meminta nama anda digugurkan dari skuad adalah tindakan yang betul. Maka anda silap.”

Lazimnya ketika hari Krismas, latihan di Arsenal akan bermula pada jam 10 pagi.

Latihan yang dilakukan cumalah latihan ringan sahaja tetapi padat. Dan pada jam 11.30 pagi atau 12 tengah hari, lazimnya pemain sudah bersurai.

Keown akan pulang ke rumah bersama kelurga pada tengah hari dan petang. Namun beliau perlu bergegas ke hotel penginapan pasukan pada jam 5 petang.

Ketika Boxing Day, Keown lebih gemarkan perlawanan pada sebelah pagi berbanding petang.

Hal ini kerana, jika perlawanan dilangsungkan pada sebelah pagi maka beliau boleh bersama keluarga pada petang dan malam selepas perlawanan.

Gembira bersama pasukan

Bagi Bloomfield dan Keown, mereka tetap bergembira ketika sambutan Krismas walaupun berjauhan dengan keluarga.

Menurut Bloomfield, sambutan Krismas sudah dirancang sejak pra-musim lagi dan ia sering menjadi topik hangat di bilik persalinan.

“Ketika Krismas, akan muncul banyak gambar dan video rakan-rakan saya memakai pakaian Krismas di laman sosial.”

Bloomfield juga merasakan sambutan Krismas adalah waktu terbaik untuk mengenali dengan lebih rapat dengan rakan sepasukan.

“Kami akan luangkan masa lebih kerap dengan rakan-rakan. Untuk melihat mereka lari sebentar dari bebanan latihan, ia membolehkan kami dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat.”

Bloomfield juga seronok apabila Krismas ketika kelabnya menjalanan program melawat kanak-kanak yang sakit di hospital.

Bagi Keown pula, sambutan Krismas bersama rakan-rakan sangat menyeronokkan.

“Saya masih lagi ingat ketika saya bermain di Arsenal. Mereka memang pandai aturkan sebuah parti untuk jadi parti yang hebat!”

“Apabila Disember tiba, kami hanya fikirkan hari Krismas dan Boxing Day. Bagi orang lain, Krismas bermula pada 1 Disember dan begitu juga kami. Jadi, anda boleh bayangkan keseronokan kami macam mana?”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN