Hari Komuniti Bola Sepak Di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Sebelum ini Menteri di Kementerian Belia dan Sukan(KBS), YB Khairy Jamaluddin memaklumkan beliau sedang mencari 6 buah kelab bola sepak komuniti untuk merasmikan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

6 buah kelab yang telah terpilih setelah melepasi tapisan ialah Shah Alam Antlers, Subang City FC, BNM FC, Kelab Bola Sepak Kupang, Majidee 83 FC dan Pemanis FC.

Sepak Mula SNBJ

Sebentar tadi satu proses undian untuk menentukan lawan masing-masing telah dilakukan oleh YB Khairy Jamaluddin untuk perlawanan yang di panggil Hari Komuniti Bola Sepak.

Hari Komuniti Bola Sepak yang julung kali diadakan sempena perasmian padang Stadium Nasional Bukit Jalil mempertemukan 6 pasukan melibatkan 3 perlawanan.

Jadual perlawanan Hari Komuniti Bola Sepak, Stadium Nasional Bukit Jalil

Kelab Bola Sepak Kupang diundi bertemu Majidee83 FC pada jam 6 petang. Perlawanan seterusnya mempertemukan juara KV Super League Shah Alam, Shah Alam Antlers dan wakil daripada Terengganu, Pemanis FC pada pukul 8 malam.

Shah Alam Antlers datang dengan reputasi hebat apabila menjuarai KV Super League dengan rekod tanpa kalah pada musim ini.

Acara Hari Komuniti Bola Sepak diteruskan dengan perlawanan ketiga, mempertemukan Subang City FC dan BNM FC pada jam 10 malam.

Hari Komuniti Untuk Semua

Acara anjuran KBS dan Perbadanan Stadium Malaysia ini akan diadakan pada Jumaat, 19 Mei 2017. Semua dijemput hadir untuk memeriahkan suasana dan masuk adalah percuma.

Anda yang berada di sekitar Lembah Klang dan berminat untuk merasakan sendiri suasana baru di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah dijemput hadir bersama-sama kenalan dan keluarga.

Stadium Nasional Bukit Jalil selesai naik taraf Fasa 1.

Untuk makluman, Stadium Nasional Bukit Jalil baru sahaja selesai melalui proses naik taraf melibatkan kos sekitar RM499 juta sebagai sebahagian naik taraf Fasa 1. Ini bagi membolehkan penganjuran Sukan SEA diadakan dengan lebih selesa mulai pertengahan Ogos nanti.

Fasa 2 kerja naik taraf akan melibatkan kos berjumlah RM1.1 bilion, yang akan mengubah kompleks berumur 17 tahun itu kepada sebuah Bandaraya Sukan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN