Hari ini telah diadakan istiadat penganugerahan darjah-darjah serta bintang-bintang kebesaran dari Sultan Kedah sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah yang ke-89.
Acara yang dilangsungkan di Istana Anak Bukit, Alor Star itu menyaksikan penganugerahan turut diberikan kepada ahli sukan terutamanya dari sukan bola sepak.
Skuad Kedah, Faiz Subri terima penganugerahan
Antara ahli sukan dari bola sepak yang menerima penganugerahan daripada Sultan Kedah adalah skuad Piala Malaysia Kedah 2016 yang berjaya merangkul Piala Malaysia tahun lalu.
Mereka berjaya merangkul kejuaraan tersebut selepas menewaskan Selangor dalam penentuan sepakan penalti yang selepas perlawanan aksi sebenar berakhir dengan jaringan 1-1.
Antara yang kelihatan hadir ke Istana Anak Bukit adalah Baddrol Bakhtiar, kapten Khairul Helmi Johari serta bekas pemain seperti Amar Rohidan dan juga Azmeer Yusof.
Selain itu juga, pemain Pulau Pinang iaitu Faiz Subri juga menerima penganugerahan daripada Sultan Kedah selepas berjaya membanggakan nama Kedah.
Beliau yang merupakan pemain kelahiran Kedah itu menerima penganugerahan selepas berjaya merangkul Anugerah Puskas FIFA tempoh hari di Zurich, Switzerland.
Tahniah kepada semua para penerima anugerah dari kami di Semuanya BOLA!
Baca juga: Shah Alam Antlers Kelab Komuniti Pertama Di Malaysia Umum Kerjasama Akademi Dengan NFDP