‘Harga Tak Masuk Akal’ – Sheikh Jassim Tarik Diri Daripada Membeli Man United

Sheikh Jassim dan konsortium Qatar nya telah menarik diri dari usaha membeli kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United.

Pada November 2022 yang lalu, sebaik Manchester United dikatakan mahu dijual, ramai orang-orang kaya diseluruh dunia telah dikaitkan dengan bakal membeli kelab tersebut.

Usahawan hebat dari Qatar, Sheikh Jassim bin Jamad Al Thani dan billionaire British, Sir Jim Ratcliffe merupakan antara dua individu yang dikatakan paling berpotensi untuk menjadi pembeli kelab.

Kedua-dua individu tersebut telah menghantar bidaan yang paling tinggi berbanding individu-individu lain dan mereka dikatakan antara yang bakal diumumkan sebagai pemilik kelab yang baru.

Walau bagaimanapun, selepas hampir 11 bulan dikaitkan dengan bakal membeli Manchester United, Sheikh Jassim hari ini dikatakan telah menarik diri dari menjadi pembeli.

Wartawan ESPN, Rob Dawson memuat naik status di laman X dengan menyatakan:

“Sheikh Jassim dan konsortium Qatar nya telah menarik diri dari proses membeli Manchester United.”

“Sheikh Jassim dan pasukannya tidak memberi komen secara rasmi, namun mereka sudah memberitahu Glazer dan Raine yang mereka sudah menarik diri dari proses.”

“Urusan negosasi sudah berjalan sejak beberapa hari kebelakangan ini dan mereka merasakan yang nilai kelab yang diletakkan oleh Glazer tidak masuk akal.”

Penyampai BBC Sports, Ben Jacobs turut mengesahkan berita tersebut dan turut memuat naik status di laman X dengan menyatakan:

“Boleh disahkan yang Sheikh Jassim telah menarik diri dari proses #MUFC ekoran dari rundingan terakhir perbincangan.”

“Kumpulan itu menawarkan dua kali ganda dari pasaran semasa $3.2bn kelab dan merasakan nilai diletakkan oleh Glazer tidak masuk akal.”

Manusia paling jujur dalam dunia bola sepak, Fabrizio Romano sendiri juga turut sudah mengesahkan berita tersebut dan sepertinya ia tak perlu disangsikan lagi.

Menurut satu muat naik dari Fabrizio di laman X, beliau mendedahkan bahawa Jassim dikatakan telah datang untuk berbincang dengan keluarga Glazer untuk mengemukakan bidan terus kepada pemilik dari Amerika Syarikat itu.

Romano turut mendedahkan bahawa tawaran Jassim adalah untuk mendapatkan 100% pegangan, melangsaikan semua hutang kelab, dan mengambil alih kelab Manchester itu tanpa membuat hutang baharu [pinjaman bank].

Berita mengejutkan itu kemudiannya disusuli dengan berita yang Ratcliffe bersedia untuk mengubah tawarannya secara drastik, yang mana ia berpotensi untuk membenarkan Glazer terus kekal berkuasa.

Seperti yang dilaporkan oleh Sky News, Ratcliffe sedang mempertimbangkan untuk membeli beberapa saham Glazer di New York Stock Exchange (NYSE), yang mana ia akan memberi beliau 25 peratus saham di United.

Seandainya hal itu berlaku, ia bermaksud yang andai Ratcliffe menjadi salah seorang pemilik kelab sekalipun, Glazer akan masih lagi tetap berkuasa di Old Trafford.

Berbalik kepada Sheikh Jassim, media Itali, Tuttomercatoweb telah melaporkan yang ahli perniagaan dari Qatar itu ketika ini sedang berminat untuk membeli gergasi Serie A, Inter Milan.

Inter Milan yang merupakan finalis saingan Champions League musim lalu itu pada ketika ini sedang dimiliki oleh Steven Zhang.

Ahli perniagaan berusia 31 tahun itu merupakan pemilik kelab paling muda dalam sejarah kelab tersebut sejak awal beliau membeli Inter Milan pada tahun 2018 yang lalu.

Walau bagaimanapun, dengan tarikh pembayaran balik semakin hampir pada Mei 2024, semakin ramai yang mempersoalkan tentang masa depan Zhang bersama kelab.

Ekoran dari hal itu juga, Inter Milan kita hangat dikaitkan dengan bakal dijual dan mencari pemilik baru yang boleh menyelamatkan kelab.

Tuttomercatoweb mendakwa yang Sheikh Jassim kini merupakan salah seorang yang paling berpotensi untuk membida kelab, seterusnya menjadi pemilik baru Inter Milan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN