Aksi hambar yang ditampilkan oleh Terengganu sepanjang dua perlawanan mereka dalam saingan Liga Super musim 2022 ini pastinya ingin ditebus pada aksi menentang Sarawak United untuk merebut tiga mata pertama mereka.
Terengganu antara pasukan yang keciciran beberapa perlawanan awal akibat serangan Covid-19 dalam kem pasukan menyebabkan mereka terpaksa berehat lebih panjang untuk menjalani kuarantin dan aksi pertama selepas itu menentang Petaling Jaya City umpama memberi mimpi buruk buat Nafuzi setelah mencatat kekalahan 0-3 buat skuad kendalian P. Maniam.
🏴🏳 HARI PERLAWANAN LIGA SUPER MALAYSIA 2022 : SARAWAK UNITED FC VS TERENGGANU FC 🏴🏳
SARAWAK UNITED FC VS TERENGGANU FC
📅 17 April 2022
⏰ 9.15 Malam
🏟 Stadium Negeri, Kuching#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/7YubTGd2Fs— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) April 17, 2022
Menurut Nafuzi mengenai perlawanan malam ini, beliau nyata mahu para pemain memberi fokus terbaik supaya misi mereka dalam memburu kemenangan pertama menentang Sarawak United tercapai dalam aksi yang bakal berlangsung di Stadium Negeri di Kuching.
Tambah beliau, misi mereka adalah untuk memenangi perlawanan tersebut setelah mencatat dua kekalahan berturut-turut agar motivasi para pemain kembali meningkat untuk menghadapi perlawanan-perlawanan seterusnya kembali mencabar kejuaraan liga musim ini.
“Saya tak nafikan jadual perlawanan agak padat pada bulan puasa dan perjalanan jauh ke Bumi Kenyalang pula agak memenatkan pemain, tetapi sebagai pemain profesional saya tuntut agar mereka memperagakan corak permainan terbaik untuk pastikan kemenangan berpihak pada kita (TFC),” katanya ketika ditemui di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menerusi Bernama.
Untuk rekod, setakat ini Terengganu sedang menghuni kedudukan tercorot Liga Super selepas gagal untuk mengutip walau satu mata ketika berdepan PJ City dan Johor Darul Takzim.
Ketika ditanya mengenai para pemain yang bakal membarisi kesebelasan utama, beliau menegaskan ada perubahan yang mungkin dibuat setelah ada yang mengalami kecederaan ringan sewaktu berdepan JDT tempoh hari.
📸 AKSI PERLAWANAN LS4
JOHOR DARUL TA’ZIM 2-1 TERENGGANU FC#LigaSuper2022 pic.twitter.com/PYa5DuADhc
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 10, 2022
“Saya harap barisan pertahanan lebih bijak bertahan, manakala jentera penyerang pula dapat laksanakan tugas dengan lebih berkesan untuk memburu jaringan,” katanya.
Dalam masa sama, Nafuzi juga menjelaskan mengenai keadaan semasa pemainnya iaitu Mohd Faiz Nasir yang bakal terlepas perlawanan malam ini setelah disahkan mengalami masalah kesihatan sebelum dikejarkan ke hospital awal pagi semalam bagi mendapat rawatan susulan.
Menurut laporan, pemain bertubuh kecil lincah itu sebelum ini baru sahaja pulih daripada demam selama seminggu dan sudah pun menjalani latihan bersama rakan sepasukan seperti biasa.
Namun kira-kira jam 3 pagi semalam, pemain tersebut terpaksa dikejarkan ke hospital setelah mengadu tidak sedap badan dan mengalami muntah yang agak teruk.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!