Harap New Zealand Sudi

Selepas usaha untuk mengadakan perlawanan persahabatan buat skuad Harimau Malaya dengan beberapa negara lain menemui jalan buntu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini berharap ada maklum balas positif dari New Zealand.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi ketika ditembual Berita Harian menjelaskan, kesukaran pihaknya mendapatkan pasukan adalah disebabkan isu penularan wabak COVID-19.

“Kita sudah berhubung dengan beberapa negara termasuk Filipina, Singapura dan India, tapi kita nampak ada sedikit cahaya (petanda positif) mungkin New Zealand. Namun mereka masih belum lagi memberikan jawapan secara rasmi.

“Harap sekurang-kurangnya kita dapat mencari satu pasukan untuk mengadakan perlawanan persahabatan di Malaysia,” katanya.

New Zealand merupakan kuasa besar bola sepak di benua Oceania sejak Australia ‘berpindah’ ke Asia. Reputasi pasukan tersebut selaku juara Piala Negara-Negara Oceania dan layak ke pusingan akhir Piala Dunia membuktikan kewibawaan pasukan berkenaan.

Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam memaklumkan status Malaysia yang sudah dikategorikan sebagai ‘zon merah’ membuatkan kebanyakan negara sukar untuk melepaskan pasukan bola sepaknya masuk ke negara ini.

“Berkenaan COVID-19 saya sudah berhubung dengan setiausaha agung persatuan bola sepak negara lain dan Malaysia dikategorikan sebagai zon merah yang mana mungkin mereka tak boleh datang ke sini, atau kalau mereka datang, mungkin pemain mereka tak boleh balik ke negara tempat mereka beraksi.

“Contoh pemain Korea yang bermain di England tak boleh balik ke Korea, kalau balik Korea tak boleh masuk balik England.

“Perkara ini agak rumit, bukan isu pasukan itu boleh datang atau tidak ke Malaysia, tapi individu mungkin tak boleh datang. Walaupun FIFA bagi ruang buat aksi persahabatan, tapi kita pun kena tengok dari sudut antarabangsa,” kata Stuart.

Kredit Foto: FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN