“Harap Isu Tunggakan Gaji Selesai” – PFAM Sokong Tindakan Ke Atas Perak

Susulan Perak yang gagal melunaskan baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai bagi musim 2021, pasukan tersebut dikenakan tindakan pemotongan mata musim ini dalam saingan Liga Premier dan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) bersetuju dengan hukuman tersebut.

Izham Ismail selaku Ketua Pegawai Eksekutif PFAM menyifatkan hukuman itu sebagai sesuatu yang sangat wajar apabila Perak sebelum itu sudah pun diberi tempoh untuk membayar tunggakan gaji pada tarikh pertama ditetapkan badan bebas First Instance Body (FIB) iaitu pada 31 Mac lepas.

Beliau berharap dengan tindakan tersebut mampu memberi kesan buat pasukan tersebut supaya tidak mengambil ringan isu ini selain tidak mengambil sikap lepas tangan sebegitu sahaja selain mencari solusi terbaik untuk menyelesaikan kemelut yang sedang berlaku.

“Pertama sekali, PFAM menyambut baik tindakan serius yang dikenakan kepada Perak FC, dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) telah mengambil langkah tepat dalam perkara ini. Kami berharap isu tunggakan gaji Perak FC untuk dua kelompok (musim ini dan musim lepas) dapat diselesaikan segera.

“PFAM juga telah menghantar aduan bagi tunggakan gaji pemain Perak FC bagi musim 2021 ke peringkat Jawatankuasa Status FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) untuk diperhalusi dengan lebih lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini menerusi Bernama.

Dalam masa sama, Izham turut berharap semua pasukan mengambil pengajaran ini atas ap yang sedang berlaku buat Perak supaya tidak ada lagi isu sedemikian timbul pada masa akan datang.

Menurut Izham, selain sebagai suatu amaran buat mana-mana pihak pengurusan agar mempunyai kelayakan yang baik menguruskan kelab, hukuman tersebut juga sebagai langkah serius bagi mengelak sebarang isu seperti itu berlaku lagi pada masa hadapan.

“Sewajarnya perkara seperti ini tidak harus berlaku kerana penelitian telah dibuat sebelum pengambilalihan dilakukan oleh pihak kelab,” katanya.

Untuk rekod, Perak sebelum itu telah dikenakan hukuman tiga mata dipotong bagi saingan Liga Premier 2022 selepas gagal membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan utama dan simpanan sehingga November tahun lepas berdasarkan Akuan Berkanun (SD) yang dihantarkan Perak FC bertarikh 15 Dis 2021.

Tarikh akhir kedua iaitu 14 April ini telah diberikan buat Perak yang diberi masa untuk menyelesaikan segala tunggakan mereka dan sekiranya gagal, enam mata lagi bakal ditolak kelab itu dalam aksi liga serta pengurangan dana.

Jika Perak masih berlanjutan dengan masalah tersebut sehingga 21 April, kes ini akan dipanjangkan oleh MFL kepada FIB untuk tindakan lebih tegas.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
BERNAMA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN