‘Hanya Tinggal Pemain Tempatan?’ – Lawan JDT Di ACL Guangzhou FC Dilanda Krisis, Tamatkan Kontrak Lima Pemain Brazil

Juara lapan kali Liga Super China (CSL), Guangzhou FC telah melepaskan semua lima pemain kelahiran Brazil yang juga merupakan pemain naturalisasi China. Ia adalah antara tindakan yang terpaksa dilakukan oleh kelab selepas pemiliknya, China Evergrande mengalami masalah kewangan.

Lima pemain tersebut, Elkeson, Ricardo Goulart, Alan Carvalho, Aloisio dan Fernando Henrique, kesemua kontrak mereka telah ditamatkan selepas rundingan dengan pihak kelab mencapai persetujuan,” ujar Guangzhou melalui satu kenyataan di media sosial.

“Kami amat berterima kasih kepada lima pemain ini untuk semua kejayaan yang mereka menangi bersama Guangzhou. Kami mengucapkan selamat maju jaya untuk masa depan mereka,” ujar kelab itu lagi.

Di kalangan lima pemain itu, Elkeson dianggap sebagai legenda kelab selepas membantu pasukan itu menjuarai AFC Champions League (ACL) pada 2013 dan 2015. Manakala Goulart pula adalah anggota skuad 2015 yang turut membantu Guangzhou muncul juara Asia.

Kedua-dua pemain telah kembali ke Brazil sejak tahun lalu lagi dan Goulart telah menyertai Santos.

Semua lima pemain dijadikan pemain naturalisasi di China dalam usaha negara tersebut meramaikan lagi bakat bola sepak bertujuan untuk melayakkan diri ke Piala Dunia selepas kali terakhir melakukannya pada 2002.

Langkah itu bagaimanapun memakan diri. Kos yang terpaksa ditanggung oleh kelab agak tinggi, tetapi China tetap gagal layak ke Piala Dunia di Qatar pada musim panas akan datang walaupun masih berbaki dua perlawanan di pusingan kelayakan.

Musim lalu Guangzhou berjaya melayakkan diri ke peringkat kumpulan ACL sebagai naib juara ACL. Tanpa pemain-pemain kelahiran Brazil tersebut, Guangzhou hampir pasti menghadapi saingan musim 2022 dengan menggunakan pemain tempatan sepenuhnya.

Bagi saingan ACL 2022, Guangzhou diundi di dalam Kumpulan I bersama-sama wakil negara, JDT; juara Jepun, Kawasaki Frontale; dan di antara dua kelab yang perlu beraksi di play-off, Ulsan Hyundai (Korea Selatan) dan Port FC (Thailand).

Bagaimana pun kelab China itu masih mempunyai masa untuk memburu pemain import sekiranya ingin berbuat demikian sebelum bermulanya saingan liga musim baharu pada April hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN