Selaku tonggak utama pertahanan Selangor 2, Shivan Pillay Asokan tentunya mengimpikan untuk beraksi bersama skuad utama The Red Giants di pentas Liga Super.
Peluang tersebut akhirnya hadir selepas ketua jurulatih Karsten Neitzel memanggil pemain berusia 21 tahun itu untuk menyertai kem latihan pusat skuad Selangor sejak minggu.
Turut dipanggil adalah penyerang muda import dari Ghana, George Attram. Kedua-dua pemain ini masih belum membuat sebarang penampilan untuk skuad Liga Super Selangor.
Bekas pemain skuad bawah 19 tahun (B-19) negara itu merupakan pemain penting buat pengendali Selangor 2, Michael Feichtenbeiner di mana beliau telah dipilih sebagai ketua pasukan untuk beberapa perlawanan.
It's the first Saturday of the month and that means it's time for the return of our ongoing #WallpaperWeekend series!
Today, we feature 19 year old Selangor 2 defender Shivan Pillay!
Download this screensaver now at ➡️ https://t.co/8aescHTWRI#RedGiants#KitaAdalahSatu pic.twitter.com/WFHrKkBhS2
— Selangor FC (@selangorfc) October 3, 2020
Namun laluannya untuk menembusi skuad utama tentunya tidak mudah kerana beliau perlu bersaing dengan deretan pemain yang lebih berpengalaman.
Dalam temubual bersama Media MFL, Shivan amat menghargai peluang yang diberikan kepadanya kerana baginya pengalaman berlatih bersama pemain-pemain berprofil tinggi mengajar dirinya untuk lebih bijak membuat keputusan di atas padang.
Dengan corak latihan yang lebih laju dan berintensiti tinggi, ia sekali gus memaksa dirinya untuk lebih bekerja keras bagi menyesuaikan diri.
“Sememangnya rasa teruja dan gembira kerana ia satu impian setiap pemain muda untuk berada bersama skuad utama dan berlatih bersama pemain yang lebih berpengalaman,” ujar bekas pemain PKNS FC itu.
Piala Belia (U-19) player Shivan Pillay Asokan made his PKNS FC debut last night at the young age of 16 years and just under eight months. pic.twitter.com/bAdnmkIGkz
— Darren Goon (@DarrenGoon) August 2, 2017
“Perbezaan yang saya boleh katakan adalah masa yang terhad untuk pegang bola, sebagai contoh apabila kita menerima bola, kita kena bersedia untuk melakukan pergerakan seterusnya dengan lebih cepat kerana di sini, pemain lain akan cepat merampas bola dengan mudah.
“Tetapi, daripada situlah saya dapat belajar untuk lebih bijak membuat keputusan dalam masa yang tepat dan saya akan terus bekerja keras dengan harapan dapat berpeluang beraksi bersama mereka di pentas Liga Super”, jelasnya.
Dalam masa sama, bekas pemain PKNS FC ini berharap apa yang telah dipelajari bersama skuad utama akan berguna untuk turut sama membantu Selangor FC 2 memperbaiki kedudukan mereka di Liga Premier yang kini di tangga keenam.
Ini kerana, jurang perbezaan mata antara pasukan lain yang berada di kedudukan lima teratas tidak terlalu besar dan mampu untuk mengejar bagi sekurang-kurangnya meraih kedudukan tiga terbaik pada musim ini.
“Setakat ini secara peribadi prestasi saya bersama pasukan adalah baik dan saya cukup gembira dengan corak permainan yang ditampilkan oleh pasukan ini tetapi sudah tentu akan selalu ada ruang untuk penambahbaikan.
“Kita sudah berlatih dengan cukup kuat untuk terus mencapai prestasi terbaik dan saya percaya kami akan dapat bersaing dengan lebih hebat untuk cuba menamatkan saingan di kedudukan tiga teratas Liga Premier,” tambahnya.
Shivan kini berharap dirinya akan mampu mencuri perhatian pengendali, Karsten Neitzel untuk sekurang-kurangnya beraksi dalam beberapa perlawanan bersama skuad utama sebelum berakhir musim 2021.
Musim ini menyaksikan Selangor berani memberi pendedahan kepada pemain-pemain muda untuk beraksi di peringkat tertinggi seperti Mukhairi Ajmal, Aliff Haikal, Zikri Khalili, Danial Asri, Sharul Nazeem, Sikh Izhan Nazrel, Jordan Ayimbila dan Hein Htet Aung.
Bagi saingan Liga Super, Selangor FC ketika ini menduduki tangga kelima selepas 13 perlawanan dan Selangor FC 2 di kedudukan keenam selepas mengumpul 15 mata setakat ini.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:
“Ayuh Lakukan Demi Coach Tan” – Harimau Malaya Sedia Gempur Vietnam