Hanya Ada 2 Hari Persiapan, Manzoor Gembira Penang Seri Lawan Selangor

Dengan masa dua hari sahaja yang ada sebelum perlawanan terakhit berlangsung, pengendali Penang , Manzoor Azwira hanya sempat menerapkan motivasi kepada pemain agar mereka dapat mempamerkan prestasi terbaik dalam perlawanan tersebut.

Melihat keputusan yang dicatat, beliau tetap berpuas hati dan memuji kesungguhan pemainnya kerana mereka telah beri yang terbaik sepanjang 90 minit biar pun bermain dalam hujan.

“Dua hari, apa yang boleh saya buatkan. Tiada apa-apa pun sempat saya lakukan. Lebih kepada motivasi supaya kita bermain untuk maruah pasukan untuk maruah diri dan untuk negeri Pulau Pinang,” katanya.

Tambah Manzoor, selain memberi aksi terbaik dalam perlawanan menentang Selangor, mereka ingin kembalikan semangat penyokong kepada pasukan kerana sokongan penyokong antara watak penting untuk pasukan.

Seperti sedia maklum, aksi longlai Penang dalam saingan Liga Super musim ini menyebabkan penyokong Harimau Kumbang berasa begitu marah sehingga sukar untuk memenuhkan stadium setiap perlawanan seperti tahun lepas.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya, dengan keadaan padang becak, Manzoor tiada pilihan selain memberi arahan kepada pemain unntuk mereka beri yang terbaik kerana hendak bermain seperti dirancang sememangnya tidak boleh.

Hal ini keranan keadaan padang yang teruk akibat hujan sepanjang hari dan menyukarkan pergerakan pemain untuk melakukan hantaran.

Pada masa sama, ketika di tanya berkenaan persiapan Piala Malaysia, pengendali berusia 45 tahun itu akan memberi fokus kepada satu perlawanan ke satu perlawanan dan tidak ingin mencongak laluan seterusnya kerana lawan mereka pun bukan pasukan biasa.

”Kuching City pun saya rasa pasukan yang baik, jurulatih yang baik iaitu Irfan Bakti dan penyerang mereka adalah penjaring terbanyak Liga Premier.

“Jadi ini bukan satu tugas mudah dan perlu lakukan persediaan yang betul-betul teliti,” ujar Manzoor.

Ketika aksi di Piala FA, Penang berjaya melakukan kejutan untuk mara ke separuh akhir termasuk melakukan kebangkitan di suku akhir ketika menentang Sri Pahang sebelum ‘mimpi indah’ mereka terhenti ditangan Johor Darul Ta’zim.

Dengan format sama seperti Piala FA, mungkin Penang boleh mengulangi seperti mana mereka lakukan sebelum ini.

Untuk rekod, Manzoor pernah mengendalikan pasukan Penang sebelum ini dan berjaya memberi impak positif malah mereka mencatat kemenangan demi kemenangan.

Mampukah Manzoor melakukan sekali lagi seperti mana beliau lakukan sebelum ini untuk membawa Penang mara lebih jauh?

Penang akan membuka tirai Piala Malaysia menentang pasukan Kuching City dan ini adalah ujian kedua buat jurulatih tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN