Persiapan Filipina untuk dua kejohanan terdekat bakal terjejas sedikit dengan berita yang baru diterima.
Bekas pemain skuad kebangsaan England, Terry Butcher meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Filipina. Beliau tidak sempat mengendalikan
satu perlawanan untuk Azkals.
Tidak lama
Pada Jun, Terry telah dipilih untuk menerajui skuad tersebut. Namun, faktor perletakan jawatan tersebut berpunca kerana hal ehwal berkaitan pengurusan.
Beliau dalam kenyataannya menjelaskan cuba untuk membina pelan pembangunan bola sepak di negara itu semasa tempoh perkhidmatan bersama The Azkals. Namun, beliau tidak dapat meneruskan perkara yang sepatutnya dilakukan.
Terry Butcher sebelum ini pernah menguruskan Newport County, kelab Wales yang beraksi dalam saingan liga Inggeris. Beliau juga pernah mengendalikan beberapa buah kelab Scotland antaranya Motherwell dan Hibernian.
Beliau juga turut pernah menjawat jawatan pembantu pengurus skuad kebangsaan Scotland.
Dua pertandingan
Terry dilantik PFF untuk mengendalikan skuad bola sepak Filipina dalam dua kejohanan yang bakal dilalui oleh mereka. Kejohanan pertama ialah Kejohanan AFF pada penghujung tahun ini.
Pada tahun depan, Filipina dijangka akan beraksi untuk Piala Asia di Emiriah Arab Bersatu.
Dalam laman rasminya, PFF menerima perletakan jawatan pengurus dari Britain tersebut. Badan induk bola sepak Filipina turut mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.
PFF mengambil keputusan untuk meneruskan persiapan bagi dua kejohanan penting tersebut. Dalam kenyataan lain, pengurus pasukan Filipina, Dan Palami menghormati keputusan Terry Butcher.