Hanya 35 Minit Aksi Di Liga Malaysia, Syahrian Abimanyu Tinggalkan JDT Untuk Sertai Persija Jakarta

Syahrian Abimanyu yang turut pernah digelar wonderkid bola sepak Indonesia sah meninggalkan JDT untuk menyertai kalab Liga 1 Indonesia, Persija Jakarta. Perkara itu diumumkan oleh JDT melalui satu kenyataan media sebentar tadi.

Menurut kenyataan yang disiarkan melalui rangkaian media sosial kelab, pasukan dengan jolokan nama Harimau Selatan telah menerima tawaran lumayan untuk bintang Indonesia itu sehingga sanggup melepaskannya.

Syahrian Abimanyu menyertai JDT daripada Madura United pada Disember 2020. Mengikut perancangan asal, Syahiran merupakan sebahagian daripada pelan jangka panjang buat kelab tersebut.

Bagaimana pun setelah menyertai JDT, Syahiran dipinjamkan ke kelab Liga Australia, Newcastle Jets di mana beliau sempat melakukan tiga penampilan.

Kembali menyertai JDT pada musim 2021, Syahiran hanya sempat beraksi selama 35 minit, iaitu sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang PJ City FC dan Sabah FC di saingan Liga Super.

Walaupun sukar untuk menembusi kesebelasan utama skuad Benjamin Mora, kualiti pemain itu tetap mendapat kepercayaan Ketua Jurulatih skuad Garuda, Shin Tae-yong untuk kejohanan Piala AFF 2020 pada Disember lalu dan melakukan tiga penampilan, termasuk di perlawanan akhir menentang Thailand.

Bakal beraksi di bawah bimbingan Angelo Alessio dari Itali di Persija Jakarta, Syahrian Abimanyu adalah pemain terakhir yang dibawa masuk kelab itu untuk saingan musim baharu Liga 1 Indonesia.

“Abimanyu adalah rekrutan terakhir kami di musim ini. Kemampuannya sebagai gelandang [pemain tengah] pasti akan sangat membantu perjuangan Persija dalam mengarungi Liga 1,” kata Presiden Persija, Mohamad Prapanca.

“Saya optimistis dia dan enam pemain baru lainnya dapat meningkatkan performa di tim dalam putaran kedua.”

Menurut Prapanca lagi, Syahiran telah diberikan kontrak selama 2 tahun setengah bersama Persija Jakarta.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN