Hanya 3 Kelab Dianggap ‘Lulus’ Untuk Tandatangani Khidmat Pemain Baharu

Ketika ini, hanya tiga kelab sahaja dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025 dilaporkan lulus atau layak untuk menandatangani khidmat pemain baharu pada jendela perpindahan akan datang.

Umum mengetahui musim ini kebanyakan kelab tampak sukar daripada segi kewangan sehingga banyak masalah sudah pun berlaku walau saingan Liga M baru sahaja berlangsung.

Jika musim-musim lalu kita hanya mendengar satu atau dua kelab sahaja bermasalah, kini ia dianggap seperti kebiasaan untuk sesebuah pasukan memiliki isu kewangan.

Walaupun memiliki isu kewangan, sesetengah kelab dilihat langsung tidak begitu mengendahkannya sehingga ada beberapa pemain import atau tempatan baharu ditandatangani tanpa memikirkan natijah pada masa akan datang.

Stanley Bernard Sengaja Sembunyi Isu Tunggakan Gaji Pemain KL City?

Disebabkan itu beberapa nasihat diberikan kepada kelab yang memiliki isu kestabilan kewangan supaya tidak menambah beban dengan menandatangani khidmat pemain baharu.

Malah, ianya lebih baik jika kelab menyelesaikan isu kewangan sedia ada seperti tunggakan gaji kepada pemain terlebih dahulu sebelum memikirkan khidmat tonggak baharu.

Menurut Zakaria Rahim selaku penganalisa bola sepak tempatan, hanya tiga kelab sahaja ketika ini dianggap berkemampuan sebenarnya untuk menandatangani khidmat pemain baharu.

Tiga kelab tersebut ialah Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu, serta Selangor jika dilihat daripada segi kestabilan semasa pasukan itu dalam menguruskan kewangan.

Kata Zakaria, sepatutnya kelab di saingan Liga M perlu diaudit terlebih dahulu sebelum mereka dibenarkan untuk menandatangani khidmat pemain baharu pada jendela perpindahan akan datang.

“Sebenarnya saya tak nampak wujud jendela perpindahan dekat Liga M sebab pasukan banyak bermasalah. Bagaimana nak benarkan kelab ambil pemain lain sedangkan pemain yang ada mereka tidak selesaikan gaji.

“Nak ambil pemain baru kena lunaskan semua gaji pemain yang ada. Malah, bukan gaji sahaja, caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) serta segala hutang lain seperti hotel dan pengangkutan semua kena selesai, barulah boleh terbabit dalam jenela perpindahan.

“Bagi saya hanya JDT, Selangor dan Terengganu sahaja ketika ini boleh melalui jendela perpindahan. Pasukan lain kena kukuhkan kewangan dahulu dan pastikan pembayaran gaji pemain tiada masalah.

Pemain cari makan dengan bermain bola, jadi gaji kena bayar dan jangan harap mereka main cemerlang tanpa gaji. Bukan sahaja jendela perpindahan yang suram, liga pun suram sebab isu gaji pemain,” kata Zakaria menerusi perkongsian Berita Harian.

Bagaimana pandangan anda?

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN