Hantar Mesej Rasis, Budak 12 Tahun Ditahan Polis Kerana Kutuk Zaha ‘Black C*nt’

Wilfried Zaha Crystal Palace Perkauman Polis 12 Tahun

Pihak polis mengesahkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan mengenai tindakan menghantar mesej berbaur perkauman kepada penyerang Crystal Palace, Wilfried Zaha di media sosial.

Zaha sebelum ini telah mendedahkan bahawa beliau menerima mesej berbaur ugutan dan penghinaan di media sosial pada Ahad sebelum perlawanan menentang Aston Villa di mana pasukannya tewas 2-0.

Pengurus Crystal Palace, Roy Hodgson menegaskan tindakan tersebut sebagai pengecut dan satu bentuk penghinaan.

Pihak Liga Perdana Inggeris juga menganggap tindakan menghina pemain Ivory Coast berusia 27 tahun itu sama sekali tidak boleh diterima.

https://twitter.com/TalkSports_GH/status/1282347321624231937?s=20

Polis Wet Midlands yang membalas ciapan Zaha itu kemudian memberi jaminan pihaknya akan mengambil tindakan segera dan hanya beberapa jam selepas itu mengesahkan telah membuat satu tangkapan.

“Kami telah dimaklumkan mengenai satu kiriman mesej berbentuk rasis yang dihantar kepada seorang pemain bola sepak pada hari ini. Setelah membuat pemeriksaan, kami telah menangkap seorang kanak-kanak lelaki,” ujar Polis West Midlands dalam laman Twitter.

“Budak berusia 12 tahun dari Solihull itu telah dibawa ke balai polis untuk ditahan dan disoal siasat. Terima kasih kepada semua pihak yang memaklumkan isu ini. Sikap perkauman tidak seharusnya ditoleransi.

Bercakap kepada Sky Sports sebelum penahanan tersebut dibuat, Roy Hodgson mengatakan beliau kesal masih ada pihak yang tidak mengenal nilai kemanusiaan walaupun pelbagai usaha telah dijalankan seperti kempen ‘Black Lives Matter’ yang dilaksanakan dalam saingan EPL.

“Sangat menyedihkan, pada hari di mana pemain itu perlu menghadapi perlawanan, dia terpaksa berdepan dengan tindakan pengecut dan penghinaan seperti itu. Wilfried telah membuat sesuatu yang betul untuk memastikan orang ramai sedar mengenai kesalahan itu, ia tidak seharusnya didiamkan.

“Mesej itu mungkin bertujuan untuk mengganggu emosi pemain terbaik kami untuk beraksi dengan baik, tindakan itu ternyata tidak boleh diterima.”

Pengurusan EPL pula bertegas pihaknya akan terus memberi seokong kepada Zaha dan menentang apa sahaja tindakan yang bersifat perkauman dan diskriminasi dalam apa keadaan sekalipun.

“Kami akan terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pemain, jurulatih dan semua ahli keluarga mereka yang menerima diskriminasi dan serius ataupun penghinaan walaupun dalam media sosial.”

Semua perlawanan di EPL mewajibkan pemain setiap pasukan berlutut sebelum perlawanan bermula sebagai tanda sokongan kepada kempen ‘Black Lives Matter‘ sejak saingan liga bersambung semula pada bulan lepas.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai isu perkauman dalam bola sepak:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN