Hansi Flick: Kami Akan Kehilangan Pemain Berkualiti Luar Biasa

Hansi Flick

Pengurus Bayern Munich, Hansi Flick menegaskan bahawa skuad gergasi Jerman itu bakal kehilangan pemain-pemain berkualiti luar biasa pasca kejayaan mereka meraih kejuaraan treble pada musim 2019/20.

Selain daripada perancang tengah, Thiago Alcantara yang mahukan cabaran baharu bersama kelab lain, Flick turut terpaksa melepaskan semula dua pemain pinjaman, Phillipe Coutinho dan Ivan Perisic ke kelab mereka masing-masing.

Bayern cuba untuk terus mengekalkan Thiago di Allianz Arena, namun pemain skuad kebangsaan Sepanyol itu menolak tawaran kontrak lanjutan yang mana kontrak beliau bersama Bayern Munich akan tamat pada penghujung musim 2020/21.

Meskipun sedar kehilangan itu amat terasa buatnya dalam merangka strategi bagi menghadapi musim baharu, Flick bagaimanapun optimis kehilangan itu mampu ditampung.

”Kami akan kehilangan beberapa pemain di mana mereka memiliki kualiti yang luar biasa, kami perlu untuk menghadapinya,” ujar Flick menurut laporan Goal.

”Amat bagus sekiranya saya dapat terus bekerja dengan skuad ini, tetapi masalahnya perkara itu tidak akan berlaku.”

”Kami perlu mencapai sesuatu yang istimewa, sesuatu yang mungkin tidak semua daripada kami rasa kami mampu lakukan, tetapi saya tahu semua itu akan berakhir apabila musim baharu dimulakan.”

”Terdapat ungkapan yang bagus: ‘Kejayaan itu tidak dimiliki. Ia hanya disewa [pinjaman].’ Dan sewaan itu akan berkurang dari hari ke hari.”

”Sudah tentu saya dapat mengatakan bahawa: ‘Saya mengecapi banyak perkara pada ketika ini. Sekarang saya akan kembali bersandar’. Tetapi ia tidak akan mencapai tuntutan yang saya miliki dalam hidup saya.”

Kredit featured image: TF-Images/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Hansi Flick:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN