Hansi Flick Diikat Secara Tetap, Kekal Di Bayern Munich Sehingga 2023

Hansi Flick

Ketua Jurulatih Bayern Munich, Hansi Flick telah bersetuju dengan kontrak baharu yang menjadi beliau berjawatan tetap di kelab tersebut sehingga 2023 selepas memegang jawatan interim pada awal musim ini.

“Bayern Munich berpuas hati dengan hasil kerja Hansi Flick dalam mengendalikan pasukan ini,” kata CEO kelab, Karl Heinz Rummenigge dalam kenyataannya.

“Pasukan ini membangun dengan baik di bawah bimbingannya, bermain dengan corak permainan yang menarik dan menghasilkan keputusan yang memberangsangkan. Kami hanya satu-satunya kelab [di Jerman yang masih bersaing dalam tiga pertandingan.”

Bayern kini mendahului Bundesliga dengan kelebihan empat mata di depan Borussia Dortmund selepas 25 perlawanan. Pasukan itu juga telah melangkah ke peringkat separuh akhir DFB Pokal dan juga di peringkat 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Pengurus berusia 55 tahun itu menggantikan Nico Kovac yang telah disingkirkan pada November ketika prestasi pasukan terumbang-ambing. Namun beliau telah berjaya membawa pasukan kembali ke landasan untuk menjulang kejuaraan liga buat kali kelapan berturut-turut.

Flick yang dikenali dengan personalitinya yang tenang merupakan penolong pengurus kepada Joachim Loew dalam skuad kebangsaan Jerman dari 2006 hingga 2014 sebelum ditugaskan sebagai pengarah sukan Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB). 

“Saya berbesar hari dapat meneruskan tugasan bersama barisan kejurulatihan dan juga semua pemain. Saya percaya kami boleh meraih lebih banyak kejayaan selepas ini.”

Dengan pengalaman luas dimilikinya, beliau berjaya mentransformasi dalam tempoh yang singkat. Di bawah kendaliannya, Bayern telah menjaringkan 67 gol dalam 21 perlawanan.

Antara kemenangan penting pasukannya adalah kemenangan 4-0 ke atas Dortmund pada November, Tottenham (3-1), Chelsea (3-0) dan yang terakhir membelasah Hoffenheim 6-0 sebelum semua aksi ditangguhkan.hansi

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Bayern Munich dan Bundesliga:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN