Hannah Yeoh Lantik Hans Isaac Ketuai Perbadanan Stadium Malaysia

Hans Isaac

Menteri Belia & Sukan, Hannah Yeoh telah melantik pelakon terkenal iaitu Hans Isaac untuk mengetuai Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bagi dua tahun.

Hannah melantik muka-muka baharu untuk memimpin urusan berkaitan PSM dengan Hans akan menjadi pengerusi dari tahun 2023 hingga 2025.

Menurut laman Astro Awani, selain Hans, Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor John turut diangkat sebagai kepimpinan baharu untuk PSM.

Nama-nama lain yang turut dilantik adalah Datin Anita Azrina Abdul Aziz yang merupakan Pengurus Besar Kanan Perhubungan dan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas dan juga Zahir Kelvin Ong Abdullah serta pengasas ScaleUp Malaysia dan Remote Ventures –  Aaron Sarma.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Lantikan Hans ini begitu jelas merupakan satu peluang untuk PSM meneroka peluang dalam bidang pengurusan acara dan juga komersial selain sebagai gelanggang rasmi Harimau Malaya.

Ia juga akan membantu PSM dalam menggunakan fasiliti yang sedia ada dengan sebaiknya bagi membina masyarakat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat.

“Perkara itu turut melibatkan usaha bagi merakyatkan fasiliti PSM untuk kegunaan orang awam dalam mempromosikan gaya hidup sihat,” kata Hannah.

Akan tetapi, pemilihan Hans ini terdapat sedikit pertikaian kerana ianya dilihat tidak lebih sebagai lantikan politik sahaja.

Hal ini kerana, jika dilihat pada profil Hans dalam bidang politik, beliau merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah, status beliau yang tidak mempunyai latar belakang dalam sukan turut menjadi pertikaian terutamanya pengikut sukan negara kita.

Akan tetapi, selamat menjalankan tugas buat Hans dan diharap beliau dapat menjadi pemimpin PSM yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN