Hannah Yeoh: “Kami Percaya Kepakaran Kontraktor Yang Turut Uruskan Stadium JDT”

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memberi kepercayaan penuh kepada kontraktor yang bertanggungjawab untuk menyelia keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kini menggunakan jenis rumput Zeon Zoysia.

Sebelum itu, padang di stadium tersebut menerima kritikan keras daripada sekelompok besar para penyokong setia Harimau Malaya selepas mereka tampil tidak berpuas hati dengan kualiti rumput yang kurang lasak pada aksi sulung saingan Pestabola Merdeka 2023.

Keadaan rumput di padang yang mudah tercabut sehingga menyebabkan aksi membabitkan Malaysia dan India adakalanya sedikit terjejas daripada segi momentum mereka.

Seusai perlawanan, ramai yang mula mempersoalkan jika lokasi bagi perlawanan terakhir Pestabola Merdeka itu wajar dirombak semula atau kekal beraksi di SNBJ pada 17 Oktober ini.

Setakat ini, Hannah menyatakan pihak berkaitan akan mengadakan perbincangan bagi memilih lokasi bersesuaian supaya perlawanan akhir tersebut dapat berlangsung dengan lancar.

“Pertama sekali, tahniah kepada Harimau Malaya atas kemenangan mereka semalam.

“Semasa pelancaran, kebimbangan dibangkitkan mengenai padang yang belum mencapai keadaan optimumnya, seperti yang diketengahkan oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Bagaimanapun, kami percaya dengan kepakaran kontraktor yang turut menguruskan Stadium JDT (Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Kita tunggu kenyataan rasmi daripada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) kelak,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Sebelum itu, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) terlebih dahulu tampil memberi pandangan mengenai situasi padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang dianggap berada dalam keadaan tidak memuaskan.

“Padang tu sepatutnya diberikan lebih masa untuk akar dia kuat. Macam padang Stadium Sultan Ibrahim. Tetapi national team nak pakai secepat mungkin.

“Tetapi national team nak pakai secepat mungkin. Itu atas keputusan FAM dan pihak stadium. Kalau saya, saya beri lebih masa. Sekurang kurangnya lagi 2 atau 3 bulan. Kontraktor ni kontraktor yang sama buat padang JDT,” terang TMJ menerusi akaun Twitter rasmi baginda.

Pada masa sama, baginda juga turut menawarkan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebagai lokasi seterusnya untuk aksi terakhir saingan tersebut yang dianggap lebih baik kini daripada segi kualiti padang serta prasarana.

“This is the ‘proven product’. Dah terbukti. Tetapi kena jaga betul betul. Tiada beza. Rumput sama, kontraktor sama. Beza dia di SNBJ tak ada TMJ di situ, itu aja.

“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kalau nak pakai SSI cakap saya siapkan,” jelas kenyataan dikeluarkan oleh TMJ yang menawarkan SSI kepada FAM dengan sikap keprihatinan ditampilkan sangat tinggi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN