Hamidin: “Pasukan Culas Bayar Gaji Berdepan Tindakan Berat Termasuk Gantung Penyertaan”

Hamidin

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin menegaskan bahawa badan tertinggi bola sepak negara itu – akan mengambil tindakan lebih tegas – ke atas pasukan yang culas membayar gaji pemain dan pegawai pasukan.

Selain daripada penahanan geran – seperti yang dinyatakan oleh FAM sebelum ini – tindakan berat termasuk menggantung penyertaan pasukan daripada Liga Malaysia juga akan diambil.

Hamidin juga memberikan amaran bahawa, sumbangan penaja kepada pasukan yang terlibat dalam salah laku tersebut juga akan ditahan. Datuk Hamidin menyatakan, penahanan geran dan sumbangan itu akan digunakan oleh FAM untuk membayar gaji mereka yang berkenaan.

FAM terpaksa masuk campur dalam urusan tersebut selepas isu pembayaran gaji menjadi sangat kritikal. Semalam, Setiausaha Agung FAM – Stuart Ramalingam mendedahkan bahawa lebih 260 kes tunggakan gaji dilaporkan kepada FAM.

Dan Stuart percaya masih banyak kes lagi yang tidak dilaporkan dan sedang berlaku.

Gambar: Football Tribe

Lantas Stuart Ramalingam menganggap Malaysia sebagai juara di Asia – dalam kes tak bayar gaji.

Datuk Hamidin memandang serius isu tersebut. Dipetik dari sumber Utusan Malaysia, beliau berkata: “Tanggungjawab menyelesaikan tunggakan gaji pemain masih terletak pada pasukan terlibat.”

“Namun kami tidak akan memberi (geran tahunan dan sumbangan penaja) jika mereka minta didahulukan (pembayaran) untuk melangsaikannya.”

Hamidin sudah mengarahkan seketariat FAM untuk menyelesaikan isu tersebut segera. Dan jika pasukan tersebut mengulangi masalah yang sama, mereka berhadapan dengan tindakan gantung penyertaan daripada Liga Malaysia 2020.

Hamidin juga kecewa dengan sikap beberapa pasukan yang tidak transparen dalam isu itu. Kebanyakan isu tunggakan gaji sampai ke pengetahuan FAM kerana laporan daripada pemain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN