Hamidin Mahu Skuad B-17 Negara Bersatu Hati Di Thailand

Skuad kebangsaan bawah 17 (B-17) bakal membawa cabaran besar tahun ini dalam saingan Sukan Asia B-17 yang akan berlangsung tidak lama lagi di Thailand dalam misi untuk cuba mendapatkan slot ke Piala Dunia hujung tahun ini.

Malaysia B-17 mula mencuri perhatian ramai selepas kejayaan mereka yang begitu cemerlang sebelum itu pada aksi kelayakan serta tampil konsisten di Qatar ketika kem latihan pusat.

Bawah kendalian Osmera Omaro, ramai bintang-bintang muda baharu mula diperkenalkan dan ada antara mereka tampil dengan aksi cukup berkualiti untuk diketengahkan pada masa hadapan bersama skuad senior.

Walaupun gagal mencatat sebarang keputusan positif dalam dua aksi persahabatan sebelum ini ketika menentang Uzbekistan dan Arab Saudi, secara keseluruhan kualiti permainan ditampilkan jelas menyakinkan.

Disebabkan itu, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin berharap supaya ada kejutan mampu dilakar skuad B-17 negara di Thailand nanti untuk membuka mata lebih ramai pemerhati bola sepak sekeliling dunia.

Ketika ini, Hamidin melaungkan keyakinan tentang skuad B-17 Harimau Malaya yang dipercayai sudah pun bersedia untuk mengharungi saingan tersebut tidak lama lagi.

“Skuad Harimau Malaya B-17 ini ialah pemain masa depan Harimau Malaya maka diingatkan ikatan sesama pemain penting untuk mencipta kejayaan.

“Niat pemain perlu satu iaitu perlu sehati sejiwa untuk bawa keputusan yang baik dan jika boleh, pulang ke tanah air dengan kejayaan luar biasa,” katanya menerusi Berita Harian.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Untuk kejohanan ini, Malaysia telah diletakkan dalam Kumpulan A untuk berhadapan pasukan tuan rumah iaitu Thailand, Yaman, serta cabaran daripada Laos untuk menentukan siapa bakal mara ke pusingan seterusnya.

Saingan ini juga menyediakan empat slot automatik ke Piala Dunia B-17 yang akan berlangsung pada hujung tahun ini, dan pastinya menjadi idaman buat skuad muda negara.

Antara negara yang menjadi tumpuan untuk edisi kali ini pastinya terarah kepada kuasa besar bola sepak di Asia Tenggara seperti Korea Selatan dan Jepun.

Terdahulu, Malaysia B-17 mencatat kekalahan 1-4 di tangan Arab Saudi B-17 untuk aksi persahabatan kedua yang berlangsung di Stadium UiTM, Shah Alam.

Walaupun tewas, secara keseluruhan Malaysia beraksi dengan sangat baik dan segala ruang kelemahan tersebut dijangka bakal diatasi segera oleh pengendali pasukan sebelum mereka berlepas ke Thailand.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN