Hamidin Luah Keyakinan Tinggi Buat Harimau Malaya

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin meluahkan keyakinan tinggi untuk perlawanan membabitkan Malaysia pada malam ini berdepan Republik Kyrgyz.

Malaysia bakal menghadapi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bagi peringkat Kumpulan D dengan pertemuan seterusnya berdepan Republik Kyrgyz yang dianggap sangat getir.

Apa tidaknya, Malaysia sebelum itu menghadapi kekalahan tidak dijangka pada bulan lalu bagi saingan akhir Pestabola Merdeka 2023, dan siri kebangkitan diperlukan untuk perlawanan malam ini.

Malah, Republik Kyrgyz juga jelas bukan lawan yang calang-calang untuk dihadapi Malaysia, kerana kedudukan ranking pasukan pelawat jauh lebih tinggi ketika ini dan mampu memberi cabaran sengit buat skuad kendalian Kim Pan-gon.

Walaupun begitu, Hamidin melihat situasi bakal dihadapi Malaysia malam ini sebagai suatu peluang keemasan untuk mereka mara lebih jauh dalam saingan tersebut.

Ini kerana Malaysia telah diletakkan dalam Kumpulan D yang mempunyai lawan tidak terlalu sukar untuk dihadapi mereka iaitu Kyrgyzstan, Taiwan dan juga Oman.

Melihat kepada situasi tersebut, beliau meluahkan keyakinan tinggi Malaysia mampu melepasi aksi pusingan kedua ini untuk mara lebih jauh dengan para pemain perlu bekerja lebih keras untuk merealisasikannya.

“Selepas undian, saya nyatakan kepada pemain bahawa kita bukanlah dalam pasukan yang senang tetapi undiannya boleh tahan. Jadi kita boleh beri cabaran berbanding kalau kita tengok kumpulan yang lain.

“Kalau kita persiapkan pasukan betul-betul, kita boleh pergi (ke pusingan seterusnya) tetapi semua pihak perlu main peranan. Ada perbezaan antara pusingan kelayakan sebelum ini di mana kita bermain secara karnival dan dengan isu COVID-19.

“Ini detik penentu kerana kita akan bermain di laman sendiri dan tempat lawan. Kalau tanya saya, saya 55 peratus yakin tetapi dengan keyakinan itu, kita kena buat kerja juga.

“Semua pemain faham dan kita kena berusaha. Bukan nak katakan yang kita berkeyakinan tinggi tetapi pasukan ini boleh ‘makan’ Kyrgyzstan dan Taiwan, kalau Oman, kita 50/50 di Stadium Nasional Bukit Jalil kerana Oman pun lebih kurang Jordan,” kata Hamidin menerusi laporan Berita Harian.

Pada masa sama, Hamidin juga menegaskan saingan kali ini sangat penting kerana ia bakal menentukan hala tuju baharu bola sepak Malaysia ke tahap seterusnya.

Malah, beliau juga menganggap perlawanan bertemu Kyrgyzstan, Taiwan dan Oman jadi ujian terbaik buat Malaysia untuk melihat kemampuan mereka di Asia.

Walaupun begitu, Hamidin turut menegaskan saingan Piala Asia 2023 juga sangat penting untuk mereka walaupun aksi kelayakan tersebut bakal memberi lebih banyak kelebihN buat mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN