Hamidin: Jangan ‘Sign’ Pemain Tanpa Penelitian Situasi Kewangan Dahulu

ECP

Presiden FAM, Dato Hamidin Mohd Amin mengingatkan kesemua pasukan yang yang bersaing dalam Liga Malaysia agar menilai semula struktur kewangan mereka sebelum mendapatkan sebarang pemain baharu bagi kempen pada musim hadapan.

Beliau mahu isu kewangan itu diteliti dengan sebaiknya agar tidak memberikan kesan kepada pasukan pada masa akan datang.

Hamidin menyatakan, perkara seperti itu harus diambil serius dan selari dengan perlaksanaan dasar Program Kawalan Ekonomi (ECP) yang akan diimplementasi selepas ini.

Isu tunggakan gaji menjadi masalah yang terus membelenggu liga Malaysia. Selain daripada gaji, tunggakan lain seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Hamidin berharap kesemua pasukan sudah bersedia dengan ECP selepas ini. Ianya dianggap mekanisme terbaik dalam membantu pasukan di liga Malaysia lebih cekap dalam pengurusan kewangan.

“Saya harap semua pasukan sudah bersedian dengan perlaksanaan ECP. Hal ini kerana saya rasa ECP adalah langkah terbaik dalam menjaga kepentingan semua pasukan serta Liga Malaysia.”

“Kita serius dalam usaha membantu pasukan menguruskan kewangan dengan lebih baik, supaya masalah hutang yang sebelum ini membelenggu kebanyakan pasukan dapat diatasi bersama.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN