Hamidin Intai Peluang Wujudkan Kerjasama Antara FAM & Bola Sepak Jerman

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Datuk Haji Hamidin dilaporkan kini sudah pun mengadakan perbincangan dua hala bersama salah satu negara kuasa besar sukan tersebut di dunia iaitu Jerman.

Perkara ini disahkan sendiri menerusi laporan dikeluarkan oleh laman rasmi FAM yang menyatakan Hamidin sudah pun mengadakan perbincangan bersama wakil negara tersebut sebelum itu.

Menurut laporan tersebut, Hamidin sudah pun mengadakan perbincangan bersama Presiden Persekutuan Bolasepak Jerman iaitu Bernd Neuendorf.

Perbincangan tersebut berlaku selepas Hamidin menyertai Kongres Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) ke-30 2023 di Ho Chi Minh selaku Ahli Majlis AFF bagi penggal 2022-2026.

“Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin membincangkan kerjasama dua hala dengan Jerman dalam usaha memperkasakan lagi bola sepak negara.

“Ini berikutan Datuk Haji Hamidin yang juga Ahli Majlis AFF untuk penggal 2022 – 2026 menghadiri Kongres Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) ke-30 2023 di Ho Chi Minh, Vietnam, hari ini, berkesempatan bertemu dengan Presiden Persekutuan Bolasepak Jerman, Bernd Neuendorf,” jelas kenyataan tersebut.

Mengulas tentang pertemuan tersebut, Hamidin telah berkongsikan tentang pandangan serta kepentingan bersama menerusi potensi kerjasama itu untuk memberi manfaat buat bola sepak Malaysia serta Jerman.

“Misi utama dua negara ini ialah mewujudkan kerjasama yang lebih erat dengan berkongsi kepakaran dan sumber, pada masa yang sama menyokong pembangunan bola sepak negara masing-masing.

“Ini adalah peluang yang baik untuk kita bertukar-tukar pengalaman dan kepakaran dalam pelbagai aspek termasuk pasukan kebangsaan, pembangunan akar umbi dan belia juga prestasi pemain,” kata Datuk Haji Hamidin.

Selain berbincang mengenai kerjasama tersebut bersama wakil dari Jerman, Hamidin juga turut bertemu Presiden Persatuan Bolasepak Afrika Selatan, Dr Danny Jordaan; Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak diRaja Belanda, Gijs de Jong dan Perhubungan Awam dan Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Bolasepak diRaja Belgium, Hedelli Sassi.

Ketokohan Hamidin Penyumbang Kejayaan Harimau Malaya Di Pentas Antarabangsa

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jerman, Afrika Selatan, Belanda dan Belgium
kerana meluangkan masa untuk membincangkan potensi kemungkinan kerjasama bola sepak dua hala dengan Malaysia.

Saya yakin kerjasama ini akan memberi manfaat dalam jangka masa panjang,” kata Datuk Haji Hamidin akhir sekali.

Jika kerjasama tersebut mampu berlangsung dengan baik, pastinya ia akan membuka ruang buat para pemain negara selepas ini untuk menimba pengalaman di Jerman dalam menajamkan lagi ilmu sukan bola sepak pada masa hadapan.

Sumber:
FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN