Penjaga Gol PDRM Yang Menghidap Leukimia, Hamdan Sairi Terima Kunjungan PFAM

Baru-baru ini, kami ada melaporkan mengenai musibah yang dihadapi oleh penjaga gol PDRM iaitu Hamdan Sairi.

Hamdan disahkan mengalami penyakit Leukimia dan terpaksa melupakan permainan bola sepak untuk sementara waktu bagi memfokuskan diri mendapatkan rawatan sebaik mungkin.

Terbaharu, Presiden PFA Malaysia Hairuddin Omar serta Ketua Pegawai Eksekutif PFA Malaysia (CEO) iaitu Izham Ismail hadir ke kediaman Hamdan di Shah Alam.

Gambar: PFAM

Mereka memberikan sumbangan berbentuk wang tunai serta cenderahati Aidilfitri sempena sambutan tersebut.

Untuk rekod, Hamdan kini sudah menjalani rawatan kimoterapi pada 19 Julai yang lalu.

Akan tetapi, beliau akan melalui satu lagi rawatan kimoterapi pada 24 Julai yang akan dilakukan di Hospital Ampang.

Oleh kerana penyakit yang dihidapi Hamdan, beliau terpaksa melupakan bola sepak seawal usia 24 tahun kerana beliau perlukan masa sekurang-kurangnya 3 tahun untuk sembuh dari penyakit ini.

Sekiranya berjaya, Hamdan dijangka boleh keluar untuk kembali bermain bola sepak.

Mari semua kita hulurkan bantuan untuk penjaga gol PDRM ini!

Anda boleh lakukan sumbangan secara terus kepada isteri Hamdan iaitu Puan Nordiani Abdul Rahim di talian 0122115392.

Kami di Semuanya BOLA mendoakan agar Hamdan segera sembuh dan kembali beraksi seperti biasa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN