Halo Telco Pilihan Kedah Selaku Rakan Rasmi Telekomunikasi Musim 2022

Kedah terus rancak mempersiapkan pasukan musim ini dengan terbaharu pasukan ini menjalin kerjasama dengan syarikat Halo Telco selaku rakan rasmi baharu mereka dalam telekomunikasi bagi saingan Malaysia (Liga M) musim ini.

Khamal Idris Ali selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kedah menjelaskan kepada umum mengenai kerjasama tersebut adalah selaras dengan perubahan baharu buat pasukan tersebut yang kini beralih daripada fasa KFA ( Persatuan Bolasepak Kedah) ke fasa swasta dengan jenama terbaharu kelab, KDA FC.

“Saya berharap keberkesanan dan pencapaian kerjasama yang kami sasarkan bersama Halo Telco dapat bermula dengan jangka masa pendek dan seterusnya sasaran kami adalah dapat melangkah ke fasa jangka masa panjang selepas ini.

“Saya juga berharap melalui kerjasama yang terjalin ini dapat memberi kejayaan seperti dirancang dan akan bergerak seiring antara kedua-dua belah pihak,” katanya pada majlis perjanjian kerjasama antara KDA FC dan Halo Telco menerusi Winner Venture Sdn Bhd di pejabat KDA FC di sini, hari semalam.

Perjanjian kerjasama tersebut telah ditandatangani Khamal yang mewakili Kedah dan Mohd Shukrie Rahim selaku Ketua Pegawai Eksekutif Halo Telco.

Apa yang menarik menerusi kerjasama ini, para penyokong skuad Hijau Kuning kini berpeluang untuk mendapatkan kad sim prabayar Halo Telco Khas versi Kedah dengan harga yang serendah RM5 bagi setiap keping beserta dengan beberapa pakej yang menarik.

Ketika ditanya mengenai aksi pra musim, jelas Khamal pasukan yang berpangkalan di utara tanah air ini bakal mengadakan dua aksi persahabatan dalam tempoh terdekat menentang pasukan dari Liga M3 di Kedah dan Perlis sebelum mereka memulakan aksi di luar Kedah.

“KDA FC juga merancang mengadakan tiga atau empat perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur pada awal Februari ini dan kemudian akan menyertai pertandingan empat penjuru di Sabah membabitkan Kelantan FC, Sarawak United dan Sabah FC,” katanya menerusi Berita Harian

Setakat ini Kedah telah pun mempersiapkan barisan pemain yang bakal menggalas tanggungjawab bagi saingan Liga Malaysia pada musim 2022.

Kedah juga telah mengikat lima pemain import baharu bagi mengukuhkan pasukan selain beberapa nama pemain tempatan seperti Syafiq Ahmad yang turut bakal menambah sengat di bahagian serangan skuad.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN