Hakan Sukur Kini Hidup Sengsara Kerana Presiden Erdogan

Satu ketika dahulu, Turki pernah menggegarkan dunia dengan kualiti bola sepak mereka terutamanya sewaktu Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Selatan.

Salah seorang pemain yang menyertai skuad tersebut ialah Hakan Sukur. Beliau cukup dihormati sebagai antara legenda moden bola sepak Turki dan dunia.

Embed from Getty Images

Pasti ada yang tertanya apa yang beliau lakukan sekarang, adakah kini menjadi pengurus mana-mana pasukan atau pengarah bola sepak?

Jawapannya tidak.

Hakan Sukur kini mengalami saat kejatuhan dalam hidup dengan hanya menjadi pemandu Uber dan menjual buku di Amerika Syarikat.

Menurut laman Goal, hidup Sukur mula berubah selepas beliau mengalami pergeseran dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan sewaktu pemain itu menyertai politik negara itu.

Sukur menyertai Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) pimpinan Erdogan pada 2011 dan pergi pada 2013 selepas sering tidak sehaluan dengan presiden negarannya itu.

Sejak meninggalkan parti itu, hidup Sukur dan keluarganya tidak lagi seperti biasa.

“Batu-batu dilemparkan ke butik isteri saya, anak saya diganggu ketika di jalanan. Saya terima pelbagai ancaman dari setiap kenyataan yang saya keluarkan.”

“Apabila saya tinggalkan Turki, ayah saya dimasukkan ke lokap dan semua harta saya dirampas.”

Rumah ayahnya kini dibawah tahanan polis, dan lebih menyukarkan Sukur apabila kedua ibu bapanya kini telah disahkan menghidap kanser.

“Saya kini sudah tiada apa di dunia kerana Erdogan telah ambil semuanya daripada saya. Hak saya untuk bebas, hak untuk jelaskan semuanya, hak saya untuk tonjolkan diri dan hak untuk bekerja.”

Sukur kini membuka kafe di California dengan namanya kini dianggap sebagai pengganas di negaranya.

“Saya cuma lakukan perkara yang mengikut undang-undang di tempat awam. Tetapi kerana saya Hakan Sukur, saya dianggap menakut-nakutkan orang ramai.”

“Boleh mereka tunjukkan jenayah yang saya lakukan? Tidak. Mereka cuma kata saya pengkhianat dan pengganas sahaja.”

Sukur menjaringkan 51 gol dalam 112 penampilannya bersama Turki.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN