Hakan Calhanoglu Bakal Menjadi Pemain Milan Esok!

Hakan Calhanoglu antara pemain yang menjadi sasaran utama AC Milan pada musim baru ini. Musim lalu, Calhanoglu menjalani penggantungan panjang oleh FIFA selepas melanggar kontrak dengan Trabzonspor pada 2011.

Calhanoglu dikatakan menolak untuk menerima gaji selama 4 bulan beliau digantung untuk membolehkan beliau dibenarkan terlibat dalam jendela perpindahan kali ini.

Kini pemain tersebut semakin hampir akan kembali semula ke atas padang. Dalam muat naik status terbaru beliau di Instagram, Calhanoglu menulis kapsyen:

“Terbang ke Milan”

Sebelum ini beliau memberitahu Bild bahawa akan menjalani prosedur pemeriksaan kesihatan di Milan Isnin ini (3/7/2017).

Calhanoglu juga mengucapkan terima kasih kepada Bayer Leverkusen terutama sekali para penyokong. Beliau berkata:

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Bayer Leverkusen, Pengarah Kelab dan para penyokong untuk 3 tahun yang hebat.”

Jika tiada aral melintang, Calhanoglu akan menjadi pembelian ke-6 Milan selepas Franck Kessie, Ricardo Rodriguez, Mateo Musacchio, Andre Silva dan Fabio Borini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN