Hak Penyiaran Liga Malaysia Musim 2020 Dijamin

Selaku rakan kongsi Malaysian Football League (MFL), setiap pasukan bertanding akan tetap memperolehi hak penyiaran masing-masing pada musim ini, walaupun jika jumlahnya berkurangan daripada nilai diperolehi pada musim-musim sebelum ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hasaan selepas memeterai perjanjian kerjasama bersama Telekom Malaysia (TM) Berhad semalam.

Telekom Malaysia (TM) Berhad menerusi anak syarikat, TM Multimedia (TMM) menjadikan TM sebagai penaja utama bagi saingan Piala Malaysia.

Menurut Ab Ghani, MFL sentiasa menghormati hak pasukan bertanding dan sedang dalam usaha mencari lebih banyak penaja.

“Kita masih bergerak mencari penajaan untuk musim ini. Di peringkat MFL kita mengharapkan lebih banyak penajaan kerana kita ada tanggungjawab kepada rakan kongsi,” kata beliau.

“Hak penyiaran itu semestinya ada dan ia hanya akan dimaklumkan kepada rakan kongsi ketika perjumpaan nanti.”

Sebelum ini Ahli Lembaga Pengarah MFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi pernah memberi bayangan jumlah hak penyiaran bagi saingan musim ini kemungkinan besar dikurangkan susulan kesukaran mendapatkan penajaan.

Setiap pasukan Liga Super dan Liga Premier sebelum ini turut dijanjikan jumlah hak penyiaran bagi musim 2019 senamyak RM3 juta dan RM1 juta.

Namun demikian hanya separuh daripada jumlah tersebut diterima berikutan MFL berhadapan kekangan kewangan akibat ketiadaan penaja utama.

Dalam pada lain, Ab Ghani menjelaskan kekangan kewangan memaksa MFL menangguhkan rancangan menubuhkan badan bebas pengadil Pegawai Perlawanan Profesional Malaysia (PMOM).

“Setakat ini ia (PMOM) ditangguhkan kerana memerlukan perbelanjaan yang besar…begitu juga dengan VAR (video bantuan pengadil), ia juga kita terpaksa tangguh,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN