Hairuddin Omar Umum Persaraan Dari Bola Sepak

Hairuddin Omar bersara dari bola sepak profesional menerusi pengumuman dari laman Instagram beliau.

Dalam catatan beliau di Instagram sejam yang lalu, beliau menayangkan gambar surat persaraan yang beliau karangkan untuk Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT).

Dalam surat tersebut beliau menceritakan mengenai pengumuman beliau sebagai pemain bola sepak profesional sepenuh masa berkuat kuasa serta merta.

Dalam surat ringkas itu juga beliau memohon agar pihak PBSNT akan mengeluarkan surat pengesahan persaraan beliau dari bola sepak profesional secara serta-merta.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak PBSNT yang banyak membantunya.

Apa selepas ini untuk Hai-O?

Pemenang Piala Malaysia pada 2001 dan 2011 ini yang juga presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Malaysia (PFAM) itu berkata beliau akan menceburi bidang kejurulatihan.

Beliau akan mengambil fokuskan kepada kejurulatihan selepas ini sebelum turun ke dunia kejurulatihan.

Kami di Semuanya BOLA mengucapkan selamat bersara kepada Hairuddin Omar serta semoga berjaya dalam apa sahaja yang beliau lakukan selepas ini.

Terima kasih, lagenda!

Baca juga: Barcelona Mahu Bernabeu Dipilih Sebagai Venue Final Copa Del Rey

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN