Hai Phong Kecewa Dang Van Lam Meminta Penamatan Kontrak Setahun Lebih Awal

Pengerusi Hai Phong FC terkejut apabila menerima satu surat daripada ejen kepada bintang Piala AFF 2018 – Dang Van Lam. Surat itu menyatakan pemain tersebut mahu menamatkan kontrak beliau yang masih berbaki setahun dengan kelab itu.

Pengerusi Hai Phong, iaitu Tran Manh berkata: “Saya ada menerima surat daripada wakil Dang Van Lam untuk meminta pelepasan daripada kontrak semasa.”

Dalam surat itu, ejen kepada Dang Van Lam menyatakan mereka meminta kelab untuk mempertimbangkan terminasi kontrak pemain itu – untuk membuka ruang kepada mereka membawa penjaga gol Vietnam itu meluaskan karier di luar negara.

Ianya kenyataan yang sangat mengejutkan pihak Hai Phong kerana sebelum ini penjaga gol itu menyatakan beliau tidak terfikir untuk meninggalkan kelab itu. Hai Phong FC memintak Dang Van Lam untuk menghormati kertas kontrak yang telah ditandatangani kedua-dua pihak.

Tran Mang berkata lagi: “Kontrak semasa Dang Van Lam ketika ini masih ada baki 1 tahun.”

“Kami akan cuba berusaha untuk menyelesaikan isu ini dengan wakil [ejen] kepada penjaga gol kami – dengan merujuk kepada terma pelanggaran kontrak berdasarkan butiran yang terdapat dalam kertas kontrak yang telah dipersetujui melibatkan kedua-dua pihak [pemain dan kelab].”

Hai Phong FC percaya pemain itu cuba menamatkan kontrak beliau kerana mahu menyertai kelab Thailand – Muangthong United yang dilaporkan sedia menawarkan pakej gaji jauh lebih lumayan. Hai Phong FC berharap akan dapat bercakap sendiri dengan pemain itu pada 15 Januari ini untuk menyelesaikan masalah itu.

Ini kerana pemain itu ketika ini sedang berlatih bersama skuad Vietnam dalam rangka persiapan Piala Asia 2019.

Berdasarkan kontrak semasa, Van Dang Lam perlu membayar sekitar RM532,543.00 ataupun 3 billion dong untu menebus kontrak – bagi membolehkan pemain ini membeli ‘beliau’ sendiri.

Namun buat masa ini, ejen beliau merayu agar Hai Phong melepaskan pemain itu secara percuma – atas persetujuan bersama – untuk membolehkan pemain ini menjadi ejen bebas.

Van Lam menyertai Hai Phong pada 2015 dan membantu kelab itu menamatkan saingan di tangga ke-6 dalam saingan Liga Vietnam.

Aksi cemerlang beliau membuatkan beliau menjadi penjaga gol utama Vietnam dan membantu Vietnam menjuarai Piala AFF 2018. Sepanjang kejohanan itu, Van Lam melakukan 5 clean sheets.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN