Hafiz Ramdan: Saya Perlu Dapatkan Kepercayaan Mehmed Durakovic

Kehadiran semula Mohamad Hafiz Ramdan menyarung jersi Perak dalam menghadapi Liga Malaysia 2020 bukanlah tiket automatik buat pemain berusia 26 tahun itu terus mendapat tempat di hati pengendali pasukan, Mehmed Durakovic.

Hafiz yang beraksi di posisi sayap kiri itu mengakui bahawa beliau perlu untuk bekerja keras dan memastikan fizikalnya berada pada tahap terbaik bagi mendapat kepercayaan ketua jurulatih dari Australia itu.

Meskipun tanpa sebarang kejayaan diraih ketika bersama Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC), Hafiz Ramdan yang bertindak selaku ketua pasukan mempamerkan persembahan meyakinkan sepanjang musim ini [2019].

”InsyaAllah saya akan teruskan [corak permainan baik] dan semestinya perlu bekerja dengan lebih kuat lagi.”

Mohamad Hafiz Ramdan cuba melepasi kawalan Leandro Dos Santos Oliveira pada aksi suku akhir pertama Shopee Piala FA 2019 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

”Ia penting bagi memastikan fizikal saya berada dalam keadaan yang cukup baik untuk dapatkan kepercayaan daripada ‘coach’ Mehmed [Durakovic],” ujar Hafiz Ramdan bercakap kepada wakil Semuanya BOLA.

”Saya juga tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan pasukan kerana boleh dikatakan semua pemain tempatan Perak pada ketika ini adalah rakan-rakan saya dan pernah beraksi bersama-sama.”

Dalam pada itu, Hafiz turut mendedahkan mengapa beliau memilih untuk kembali bersama Perak walaupun turut mendapat tujuh tawaran daripada pasukan Liga Super dan Liga Premier.

”Saya memilih Perak kerana itu merupakan hasrat emak dan abah [ayah] saya yang mahukan saya beraksi untuk pasukan negeri Perak sejak dari saya kecil lagi. Sehubungan dengan itu, saya tidak berfikir lagi untuk berhijrah ke pasukan lain.”

Seperti kebiasaan yang turut diidamkan semua pemain bola sepak, Hafiz Ramdan turut menyimpan impian bagi membantu Perak meraih kejuaraan pada musim 2020 serta mahu mengekalkan prestasi terbaiknya.

Kredit foto: PKNP FC

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN