Pemain Terengganu, Faisal Halim menjadi bintang bola sepak kedua di Malaysia menjadi cameo di Sepahtu Reunion Live Tour yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu.
Sebelum ini, bintang Kuala Lumpur City, Safee Sali juga pernah membuat kemunculan di rancangan tersebut pada tahun 2021.
Faisal diberi watak sebagai jururawat dalam episod malam ini dan dilihat tidak begitu kekok untuk membawa watak yang diberi biarpun nampak pemain kelahiran Pulau Pinang sedikit gementar.
Ketika kemunculan Faisal di pertengahan cerita itu, penonton di stadium bersorak gembira melihat pemain kesayangan mereka di program tersebut.
Malah penonton juga menjerit ‘siiiiiiuuuuu’ beramai-ramai seperti pemain ini baru lepas menjaringkan gol.
Biarpun tampil hanya seketika sahaja namun itu satu pengalaman cukup baik untuk pemain ini.
Rancangan Sepahtu Reunion sememangnya program yang cukup dikenali dan mempunyai peminat terbesar di Malaysia.
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan pemain kelahiran Pulau Pinang ini, beliau sememangnya seorang yang ceria dan penghibur di dalam pasukan.
Bukan sahaja lincah di atas padang, gelagat mengusik rakan sepasukan juga begitu aktif dan sentiasa ada idea untuk kenakan kawan-kawan dalam skuad.
Sketsa yang dibawa oleh Sepahtu Reunion malam ini adalah berkenaan kekeluargaan di mana seorang ayah yang memilih kasih sayang terhadap salah seorang anak.
Mungkin selepas ini jika tiada pasukan untuk mengambil Faisal sebagai pemain, beliau boleh ceburi bidang lakonan pula dan mana tahu ada rezeki yang lebih luas untuk pemain ini dan menjadi atlet pertama bergiat aktif di bidan seni.
Sebelum ini, belum ada mana-mana pemain bola sepak yang diundang di atas pentas itu melainkan jurulatih seperti Dato’ Dollah Salleh dan Dato’ Zainal Abidin Hassan.
Pada masa yang sama pasukan Terengganu baru sahaja pulang dari Pahang selepas aksi pertama pusingan 16 terkahir Piala Malaysia dan Faisal menjadi tonggak penting dalam perlawanan tersebut.