Penyerang muda negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak yang dipinjamkan ke kelab Divisyen 3, J3-League, Azul Claro Numazo disahkan mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) dan kembali ke pasukannya Fagiano Okayama untuk menjalani rawatan dan pemulihan.
Menurut laporan berita yang disiarkan dalam laman web rasmi J-league, pemain berusia 23 tahun itu telah pun mengalami kecederaan pada lutut kanannya pada 23 Mac lalu ketika sesi latihan.
Bulan lalu, syarikat penyiaran Astro mengumumkan pihaknya telah mendapat pemilikan hak siaran rasmi Azil Claro Numazu bagi musim 2021 agar peminat bola sepak di Malaysia dapat mengikuti perkembangan karier Hadi Fayyadh di Jepun.
Hi, I’m in team Numazu, please support me by watching Astro Arena
.
Hadi Fayyadh who is currently playing in the Japanese Division 3 (J3) League in team Azul Claro Numazu.
.
He will be wearing the number 27 jersey at his new team. pic.twitter.com/m52n30EVJR— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 18, 2021
Ia sekaligus mengulangi episod ‘pembaziran’ pembelian hak penyiaran pasukan Portimonense SC di mana penyerang negara Safawi Rasid yang dipinjamkan ke kelab Portugal itu langsung tidak diturunkan untuk sebarang perlawanan sehingga tempoh pinjamannya tamat.
Berita lanjut menyusul.