Hadi Fayyadh Kekal Bersama Fagiano Okayama, Yakin Mampu Menyinar Di Jepun

Penyerang skuad bawah 22 tahun (B-22) kebangsaan, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak akan terus beraksi untuk kelab divisyen kedua Liga Bolasepak Profesional Jepun (Liga J2), Fagiano Okayama pada musim depan.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Urusan Yakult (Malaysia) Sdn Bhd, Hiroshi Hamada yang telah mengesahkan syarikatnya akan menyambung penajaan Hadi Fayyadh untuk tempoh setahun lagi selepas melihat komitmen yang baik ditunjukkan oleh pemain tersebut.

Memetik laporan Bernama, Hamada percaya dengan usia yang masih muda, Hadi Fayyadh mempunyai potensi besar untuk menyinar pada masa hadapan.

“Beliau telah menunjukkan persembahan yang baik dan beliau baru berumur 19 tahun. Saya percaya bakatnya boleh digilap untuk menjadi pemain yang lebih baik. Kecederaannya tahun lepas dan masalah bahasa menjadi kekangan kepada beliau untuk menunjukkan bakatnya.

“Saya percaya ia boleh diperbaiki dan kebanyakan pemain untuk Liga J menunjukkan persembahan terbaik pada umur 21 dan 22 tahun,” katanya pada sidang media di Akademi Mokhtar Dahari di sini, hari ini.

Tambah Hamada lagi, keputusan itu dibuat sebagai tanda kepercayaan dan sokongan kepada pemain kelahiran Kuala Lumpur itu yang disifatkan sebagai pelaburan jangka panjang untuk sukan bola sepak termasuk semasa berada di Jepun.

Sementara itu, Hadi Fayyadh mengakui sekalipun musim pertamanya di Jepun tidaklah seperti yang diharapkan, beliau tetap yakin mampu menyinar dengan sokongan padu keluarga, Yakult Malaysia dan kelab yang diwakilinya.

“Persembahan saya musim lalu ada naik turun terutamanya semasa mengalami kecederaan selama dua bulan selain sedang cuba menyesuaikan diri di sana.

“Tetapi tiada yang mustahil untuk saya bangkit dan merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan. Saya juga sudah tahu apa yang dikehendaki oleh jurulatih dan akan berusaha memenuhi jangkaannya,” katanya.

Hadi Fayyadh mengambil contoh beberapa pemain Thailand yang turut berkelana di liga Jepun seperti pemain tengah Hokkaido Consadole Sapporo, Chanathip Songkrasin dan pertahanan Yokohama F. Marinos, Teerathon Bunmathan.

Menurut penyerang tinggi lampai itu, kedua-dua pemain Thailand itu juga bergelut pada tahun pertama mereka di sana dan selepas beberapa tahun, mereka kini cemerlang bersama kelab masing-masing dan beliau yakin dapat mengikut jejak langkah pemain dari negara jiran tersebut.

“Mereka ini sememangnya menjadi contoh terbaik buat saya dan saya bercita cita untuk menjadi seperti mereka,” katanya lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN