Hadi Fayyadh Beri ‘Ilmu’ Berguna Buat Bintang Muda Selangor Di Jepun

Penyerang sensasi tempatan, Hadi Fayyadh antara menyambut baik akan perjalanan baharu bintang muda Selangor iaitu Muhammad Bin Abu Khalil yang akan memulakan karier baharu di Jepun.

Terdahulu, Muhammad berjaya mencipta sejarah baharu buat karier bola sepak beliau selepas dirinya dilamar kelab dalam saingan J3 League iaitu Osaka FC dengan membawa status pinjaman daripada Selangor.

Selepas mengharungi sesi latihan di sana selama beberapa hari, Muhammad akhirnya berjaya memikat kejurulatihan kelab tersebut untuk mendapatkan beliau bagi mengharungi persaingan liga.

Pada usia masih muda, sudah tentu Muhammad memerlukan lebih banyak bimbingan untuk membentuk dirinya lebih berjaya pada masa hadapan di Jepun.

Disebabkan itu, tampil bekas pemain dalam saingan Jepun sebelum ini iaitu Hadi untuk memberi beberapa perkongsian menarik buat Muhammad di sana.

Menurut Hadi, apa perlu dilakukan oleh pemain muda tersebut kini sudah tentu menyesuaikan diri dengan cepat di Jepun daripada segi persekitaran cuaca jika dibandingkan Malaysia.

Jelas bekas penyerang PDRM itu, faktor cuaca antara cabaran besar perlu dihadapi oleh Muhammad selain memahami budaya serta mempelajari bahasa Jepun untuk lebih cepat berkomunikasi.

“Di sana perkara perlu segera dilakukan adalah menyesuaikan diri dengan cuaca. Kemudian budaya dan kalau lagi baik, dia boleh belajar bahasa Jepun untuk memudahkan urusan sehari-hari di sana.

“Bukan mudah tetapi saya percaya dia boleh lakukan. Ini peluang terbaik buat dia menunjukkan bakatnya dan seperti kita tahu, Jepun adalah sebuah kuasa bola sepak di Asia.

“Jadi ini pendedahan terbaik buat dia membuktikan bahawasanya pemain Malaysia juga boleh bersaing dan beraksi di Jepun,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Rekod sebelum ini menyaksikan beberapa pemain dari Malaysia pernah menabur bakti di Jepun bersama perkembangan yang berbeza iaitu Wan Zack Haikal Wan Noor, Nazirul Naim Che Hashim serta Hadi Fayyadh.

Ketika ini, hanya Luqman Hakim masih berada di Jepun bersama YSCC Yokohama yang turut beraksi dalam saingan J-3 League seperti Muhammad dengan status pinjaman.

Akhir sekali, Hadi turut memberi nasihat buat Muhammad untuk menggunakan segala peluang dengan baik sepanjang di Jepun demi membentik diri menjadi lebih cemerlang supaya mampu memberi sumbangan kepada Harimau Malaya.

“Gunalah peluang dan ruang yang ada untuk jadi seorang pemain bola sepak yang lebih baik dan boleh berpeluang memperkuatkan skuad negara selepas ini,” kata beliau akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN