Macam Mana Sistem ‘Feeder Club’ JDT Akan Untungkan Pemain Seperti Hadi Fayyadh?

Sebagai satu-satunya pemain yang lahir pada era 2000-an yang sudah menjaringkan gol dalam Liga Malaysia, Hadi Fayyadh adalah definisi tepat wonderkid tempatan.

“Macam rugi saja bakat Hadi kalau masuk team utama tapi tak dapat main kesebelasan utama,” tulis seorang rakyat Facebook.

Gambar: JOHOR Souther Tigers

Bagi saya; tidak.

Pengalaman berguna

Pengalaman berlatih dengan pemain skuad senior adalah pengalaman yang takkan dilupakan oleh mana-mana pemain muda.

Tak percaya? Anda boleh tanya apa perasaan Akhyar Rashid training dengan skuad senior Kedah.

Promosi ke skuad utama ini akan mencabar mereka. Pemain senior takkan bagi peluang kepada pemain muda ini untuk merampas tempat mereka.

Promosi ke skuad utama adalah ujian untuk Hadi. Ujian sama ada beliau crumbles under pressure or faces it head-on.

Manusia hanya akan berkembang bila dicabar. Bila diletakkan dalam satu tahap yang selesa terlalu lama, manusia akan jadi stagnant (mendatar).

Itu sebab aku tak berapa setuju dengan idea penubuhan Harimau Muda atau skuad Projek Olimpik. Bila kita selesa bersaing dalam kumpulan umur kita sahaja, kita akan jadi stagnant.

Hadi punya masa

Cukup-cukuplah dengan stigma bola sepak Malaysia yang mengatakan umur 22 tahun masih terlalu muda main skuad senior. Ruben Neves dah jadi kapten Porto pada usia 18 tahun dah.

Bak kata Sir Alex Ferguson:

I never have a problem playing a young player in the first team – if he is good enough then he can play. Their real talent only shines through when they start playing against more physical players,”

Kalau Hadi gagal bersaing dengan skuad senior, tak apa. Perlu diingat. Aset utama yang beliau ada adalah MASA.

He can afford to make mistakes. Sebab dia muda. Sebab dia ada BANYAK MASA.

Apapun, tahniah kepada Hadi. Now go earn your place. Tahniah kepada JDT kerana jumpa bakat besar seperti Hadi. You’ve done the right thing to challenge him.

Terima kasih kepada Frenz United kerana jumpa talent seperti Hadi.

Terima kasih kepada coach Bala di Frenz United kerana ajar beliau main di bahagian sayap. Dengan bermain di bahagian sayaplah, Hadi jadi penyerang yang lebih all-round.

Baca juga: Melaka Berhadapan ‘Free Scoring’ Pahang, Misi Jadikan Stadium Hang Jebat Sebagai ‘Fotress’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN