‘Wonderkid’ Sensasi AC Milan Hachim Mastour Kini Bergelar ‘Free Agent’

Siapa masih lagi ingat dengan Hachim Mastour? Pemain yang pernah dianggap bakal menjadi pemain terhebat di masa akan datang.

Beliau mencipta sensasi di internet apabila video-video beliau di YouTube menjadi hangat dan tumpuan peminat bola sepak seluruh dunia.

Pemain remaja itu menyertai AC Milan pada usia 14 tahun dengan kelab itu membayar jumlah yang besar iaitu €500 ribu.

Satu jumlah perpindahan yang besar untuk pemain berusia 14 tahun atau tingkatan 2!

Namun kini apa yang terjadi kepada beliau?

Jatuh

Disebalik publisiti dan juga perhatian yang diberikan terhadap beliau, nyata Mastour tidak berjaya menghidupkan jangkaan tinggi semua pihak terhadap beliau.

Beliau pernah diberi peluang untuk merasai aksi bola sepak bersama AC Milan ketika saingan Serie A pada 2013/2014.

Namun beliau tidak diturunkan oleh pengurus ketika itu.

Selepas itu, bermula pelbagai destinasi persinggahan dalam karier beliau.

Beliau dipinjamkan ke Malaga di Sepanyol namun beliau cuma bermain hanya selama 5 minit sahaja bersama kelab itu.

Destinasi seterusnya, beliau ke Eredivisie di Belanda bersama PEC Zwolle.

Di sana, Mastour berdepan dengan satu lagi sesi pinjaman yang gagal apabila cuma mampu melakukan 5 penampilan sahaja untuk kelab Belanda itu.

Jatuhnya karier singkat Mastour ini terpateri apabila kontrak beliau bersama AC Milan berakhir pada semalam.

Dari berdampingan dengan pemain seperti Stephan El Shaarawy dan juga Mario Balotelli, kini Mastour perlu mencari kelab baharu untuk meneruskan karier bola sepak beliau.

Cerita jatuhnya karier seorang wonderkid sentiasa melukakan hati penulis, namun penulis berharap beliau akan bangkit dalam karier beliau di masa akan datang.

Beliau baru berusia 19 tahun, masih punya masa untuk bangkit dan terus berlari. Jangan berputus asa, Hachim Mastour!

Sumber:

  1. Sport Bible (2017): What Happened To YouTube Sensation Hachim Mastour? http://www.sportbible.com/football/news-take-a-bow-reactions-what-happened-to-youtube-sensation-hachim-mastour-20170703

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN