Haaland Sumbat Hatrik Bantu Dortmund Benam Augsburg

Erling Braut Haaland menyumbangkan hatrik pertama dalam perlawanan pertamanyan untuk membantu Borussia Dortmund bangkit menewaskan FC Augsburg 3-5 dalam perlawanan Bundesliga pada malam tadi.

Pemain remaja berusia 19 tahun itu menyertai Dortmund dengan nilai £17.1 juta selepas menjaringkan 28 gol dari 22 penampilan bersama Red Bull Salzburg pada musim ini – termasuk lima hatrik.

Ini bermakna hatrik beliau pada malam tadi adalah yang keenam untuk beliau setakat ini dalam satu musim.

Menariknya, ledakan hatrik oleh Haaland dalam perlawanan menentang Augsburg dilakukan selepas beliau diturunkan dari bangku pemain simpanan pada minit ke-56 perlawanan.

Dortmund pada ketika itu sedang ketinggalan 3-1 kepada Augsburg, dan Haaland hanya memerlukan tiga minit untuk menjaringkan gol sulung peribadi untuk menjadikan kedudukan 3-2.

Kebangkitan Dortmung selepas itu disusuli oleh jaringan pemain muda England, Jadon Sancho yang menjadikan kedudukan terikat 3-3.

Baki tumpuan dalam perlawanan tersebut terus menjadi milik Haaland selepas itu.

Pada minit ke-70 perlawanan, pemain Norway ini kemudiannya mudah menolak masuk hantaran Thorgan Hazard yang berjaya meloloskan diri dari pertahanan Augsburg.

Hatrik Haaland kemudiannya dilengkapkan sembilan minit kemudian, selepas bola lorongan kapten pasukan, Marco Reus dirembat deras untuk menjadikan kedudukan 5-3 memihak kepada Dortmund.

“Saya amat tenang [situasi ketinggalan], dan saya tidak pasti mengapa,” ujar anak kepada bekas pemain Leeds, Nottingham Forest dan Manchester City itu, Alf-Inge Haaland kepada wartawan selepas perlawanan.

“Saya berada di sebuah kelab yang hebat, rakan sepasukan yang bagus, dan dikelilingi individu-individu yang baik di sini. Saya datang ke sini [Dortmund] untuk menjaringka gol, dan ia adalah penampilan pertama yang amat baik buat saya.”

Sebelum mengesahkan perpindahan ke Dortmund, Haaland turut dikaitkan dengan perpindahan ke Juventus dan juga Manchester United.

Haaland menjadi pemain muda paling diburu di Eropah pada jendela perpindahan Januari ini selepas berjaya menghasilkan lapan gol di pertandingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim ini – kedua terbanyak di pertandingan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN