Bekas pengurus pasukan kebangsaan Rusia dan Belanda, Guus Hiddink sah menjadi ketua jurulatih baharu skuad China B-21.
Selepas 16 tahun inilah kali pertama beliau kembali semula ke Asia menjadi ketua Jurulatih. Beliau meninggalkan skuad kebansgaan Korea Selatan pada 2002.
Ketika itu, Hiddink membawa Korea Selatan mara sehingga ke separuh akhir Piala Dunia 2002.
Persatuan Bola Sepak China melantik Hiddink untuk memacu skuad muda mereka bagi 2 tugasan utama.
Pertamanya adalah memastikan skuad beliau mara ke Piala AFC B-23 2020. Kedua adalah misi untuk mara ke Sukan Olimpik 2020.
Bagi peminat bola sepak, Hiddink adalah nama yang sinonim dengan pasukan Chelsea di mana beliau beberapa kali menjadi interim kelab tersebut.
Dalam kenyataan rasmi Persatuan Bola Sepak China, mereka menyatakan:
“Pasukan ini akan dipersiapkan untuk kelayakan Piala AFC B-23 tahun 2020. Seterusnya misi pasukan ini adalah mara ke sukan Olimpik 2020 dalam acara bola sepak lelaki.”
Guus Hiddink has a new job ✍️
The 71-year-old has taken charge of China's U-21s, with the target of leading them to the 2020 @Olympics 🇨🇳🙌
ℹ️👉 https://t.co/18mDRY9LPl pic.twitter.com/MBgXGJwdzj
— FIFA (@FIFAcom) September 10, 2018
Bola sepak China kini berada dalam tekanan selepas gagal menghasilkan kejayaan signifikan di peringkat antarabangsa walaupun revolusi Liga Super China.
Presiden China, Xi Jinping sendiri sudah beberapa kali menegur agar bola sepak China memfokuskan pembangunan di peringkat kebangsaan bukannya sekadar mengejar kejayaand di AFC Champions League.