Guru Dedahkan Formula Kejayaan Khairul Fahmi

KOTA BHARU 21 Januari – Tiada formula rahsia atau corak latihan istimewa untuk membentuk penjaga gol handalan kerana kuncinya ada pada diri pemain itu sendiri.

Itu perkara ditegaskan oleh Jurulatih Penjaga Gol Kelantan, Ismail Chawalit mengenai kejayaannya mendidik Khairul Fahmi Che Mat sehingga pernah dinobatkan penjaga gol nombor satu negara.

Bermula Disember tahun lalu, Ismail kembali ke pangkuan Team Red Warriors (TRW) selepas menamatkan khidmatnya bersama Skuad Bawah 19 Tahun Malaysia kendalian Bojan Hodak.

Kini beliau bertanggungjawab mendidik penjaga gol muda TRW dan berharap mereka akan mempunyai motivasi serta kesungguhan untuk menjadi antara yang terbaik di negara ini.

“Kunci sebenar kejayaan seseorang penjaga gol adalah motivasi diri. Itulah yang paling utama dan itu juga aspek yang memacu kejayaan Apex (Khairul Fahmi). Jadi saya harap barisan penjaga gol muda TRW akan mencontohi Apex yang sentiasa bermotivasi tinggi, bersemangat, rajin dan berdisiplin.

Foto: Kelantan FA

“Corak latihan yang saya guna kini adalah sama seperti sewaktu saya latih Apex. Jadi kunci untuk menjadi penjaga gol handalan itu ada pada diri mereka sendiri,” kata beliau ketika ditemui di Pakaq Gomo Gym, di sini.

Beliau merasakan masih terlalu awal untuk menilai prestasi barisan penjaga gol muda TRW dan Ismail berharap, prestasi mereka akan mencapai tahap terbaik menjelang sepak mula Liga Premier Malaysia.

“Buat masa ini, Mohammad Fikri Che Soh dilihat agak sedikit ke hadapan berbanding dua lagi rakannya. Dia peka dan bertindak balas dengan baik terhadap pergerakan bola serta mampu berkomunikasi dengan baik dengan barisan pertahanan.

“Abdul Arif Abdullah mempunyai ketenangan tetapi perlu lebih berani. Prestasi Mohamad Faredzuean Kamaruddin pula berada pada tahap 70 peratus, “ katanya.

Tambah Ismail, Mohamad Faredzuean Sebenarnya mampu menjadi penjaga gol handalan kerana mempunyai struktur tubuh ideal untuk itu, namun perlu mengatasi masalah berat badannya.

“Paling penting bagi ketiga-tiga penjaga gol muda ini adalah keupayaan untuk membaca corak permainan lawan. Kemampuan membaca permainan akan meningkatkan kecekapan mereka,” kata Ismail.

Nota Editor: Ini adalah kenyataan rasmi media TRW menerusi Kelantan FA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN