Pihak Football Association (FA) kini dilaporkan sedang menyiasat satu muat naik oleh Bernardo Silva di akaun Twitter beliau terhadap rakan sepasukan Benjamin Mendy pada Ahad lalu.
Muat naik tersebut mengandungi foto Mendy ketika kanak-kanak, bersebelahan sebuah lukisan kanak-kanak berkulit hitam – yang merupakan logo syarikat membuat kek dan kuih, Conguitos.
Ciapan itu kemudiannya disertai dengan tulisan: “Teka siapa?”. Ciapan tersebut kemudiannya dipadam.
The Football Association are looking into this tweet posted by Bernardo Silva earlier today…
[via @JacobSteinberg] pic.twitter.com/RxOxCQM6YK
— Man City | Superbia (@SuperbiaProeIia) September 22, 2019
Pihak FA dikatakan maklum mengenai ciapan tersebut, dan badan induk bola sepak itu dikatakan akan menyiasat Silva atas dakwaan ciapan berbaur perkauman.
Pemain antarabangsa Portugal itu kemudian berkata melalui satu ciapan lain: “Sukar bergurau walaupun dengan rakan sendiri hari ini…Kalian semua….”, setelah ciapan terdahulu mendapat kritikan dari ramai pengguna Twitter yang lain.
Mendy dan Silva dikenali sebagai sahabat baik yang telah beraksi bersama sejak 2016 ketika bersama Monaco.
Bernardo Silva is the third Portuguese player to score a hat-trick in the Premier League ?? pic.twitter.com/96mQ5rNrDR
— B/R Football (@brfootball) September 21, 2019
Mendy seperti tidak kisah dengan ciapan oleh Silva dan hanya sekadar membalas dengan ciapan emoji ketawa, dan bertepuk tangan.
Silva menjaringkan hatrik ketika membantu Manchester City menewaskan Watford 8-0 pada hujung minggu lalu.