Ilkay Gündogan sangat yakin Bruno Fernandes sebenarnya ‘diving’ selepas terlalu mudah terjatuh untuk mendapatkan sepakan percuma yang menjadi punca kepada gol pertama Manchester United di perlawanan derbi pada Ahad lalu.
Malah pemain tengah dari Jerman itu mendakwa beliau langsung tidak menyentuh pemain Portugal itu.
Insiden tersebut berlaku pada minit ke-30 perlawanan di Old Trafford. Gundogan dipersalahkan kerana menjatuhkan Fernandes dan pengadil perlawanan Mike Dean memberikan sepakan percuma.
"He sees things they'll never see…"
— Manchester United (@ManUtd) March 9, 2020
That @B_Fernandes8 assist for @AnthonyMartial#MUFC pic.twitter.com/mdNn0B73n3
Fernandes menghasilkan bola chip cantik untuk menghasilkan bantuan gol yang disempurnakan oleh Anthony Martial pada babak pertama perlawanan.
“Terdapat kekecewaan mengenai sepakan percuma yang menyebabkan gol tersebut. Tiada kekasaran langsung berlaku di situ,” jelas Gundogan.
“Saya hanya menyentuh bola dan tiba-tiba Fernandes jatuh sambil menjerit. Saya tidak pasti sama ada pengadil melihat apa yang berlaku atau sekadar berpendapat ia adalah satu foul.
“Jujurnya, ia amat mengecewakan untuk saya kerana saya terlibat dengan kejadian itu. Bolos terus selepas itu membuatkan saya amat terluka.
“Kami bekerja keras selepas melepaskan gol pertam itu, namun ia tidak pernag mencukupi.”
Ilkay Gundogan Says Bruno Fernandes Dived for Key Manchester Derby Free-Kick https://t.co/nPJlygOcu6 pic.twitter.com/djVZalIFhc
— SportsDude (@SportsDudeZone) March 9, 2020
Kontroversi simulasi yang didakwa oleh Gundogan itu tidak dibantu oleh kesilapan Ederson yang membaling bola secara membuta tuli untuk disambar oleh Scott McTominay dari jarak 40 meter pada masa kecederaan babak kedua.
Gol jaringan McTominay yang menghukum kesilapan penjaga gol dari Brazil itu memastikan tiada lagi jalan kembali untuk City dalam perlawanan ini.
“Beliau [Ederson] amat marah, kecewa, dan geram, demikianlah anda akan bertindak balas. Beliau mempunyai sokongan daripada kami semua dan saya yakin beliau akan tampil lebih baik pada perlawanan berikutnya.”
Pemain pertahanan City, Oleksandr Zinchenko pula mempunyai pandangan sebaliknya, dan berpendapat setiap pemain City harus bertanggungjawab terhadap gol oleh Martial.
Ilkay Gundogan hits out at Bruno Fernandes following Manchester derby https://t.co/QkmIXrv1Ws pic.twitter.com/2UYfSvMj8x
— SportsGridUK (@Sportsgriduk) March 9, 2020
“Setiap orang mengadu mengenai sepakan percuma, tetapi ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Pengadil adalah boss apabila di atas padang, dan beliau telah membuat keputusan.
“Beliau memutuskan ia adalah sepakan percuma, dan kita harus menerimanya lalu memberikan tumpuan kepada set-pieces. Kita tidak dibolosi dengan gol sebegini kerana telah bekerja keras berhadapan ancaman sebegitu.
“Kami perlu memberikan lebih banyak tumpuan kepada aspek permainan.”