Guimaraes Pamer Aksi Menakjubkan Bertemu Spurs Walau Beliau Sebenarnya Dah 2 Hari Tak Tidur

Pemain midfield Newcastle United, Bruno Guimaraes mendedahkan yang beliau sebenarnya sudah dua hari tak tidur sebelum aksi bertemu Tottenham Hotspur kemarin.

Apa yang menariknya, walau beliau mendakwa dirinya sudah dua hari tidak tidur, namun harus diakui yang Guimaraes sebenarnya telah mempamerkan aksi persembahan terbaiknya dalam perlawanan tersebut.

Bahkan, ramai peminat mendakwa yang aksi Guimaraes dalam perlawanan tersebut merupakan persembahan terbaiknya bersama Newcastle United.

Bintang kebangsaan Brazil itu telah ditandatangani oleh Newcastle pada Januari lalu dengan yuran perpindahan bernilai £40 juta dari Lyon.

Beliau terus menerus memainkan peranan yang cukup penting dalam membantu Newcastle untuk menjadi antara pasukan terbaik dalam saingan Premier League pada ketika ini.

Minggu ini, skuad kendalian Eddie Howe itu berjaya untuk masuk ke kelompok empat teratas dalam carta saingan liga selepas kejayaan mereka menewaskan Tottenham Hotspur 2-1.

Callum Wilson dan Miguel Almiron meledak gol pada aksi babak pertama permainan dan Harry Kane cemerlang menjaringkan satu gol saguhati untuk pasukan tuan rumah.

Seperti kebiasaannya yang beliau lakukan sepanjang musim ini, Guimaraes mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan bertemu anak-anak buah Antonio Conte.

Pemain berusia 24 tahun itu telah turun beraksi sebanyak sembilan perlawanan untuk The Magpies sepanjang musim ini.

Beliau bukan hanya seorang pemain midfield yang kreatif, dengan Guimaraes juga merupakan seorang pemain yang sangat kental ketika membantu barisan pertahanan.

Statistik yang beliau catatkan sejak beberapa perlawanan terakhir ini membuktikan yang beliau sebenarnya antara pemain terbaik dalam saingan Premier League pada ketika ini.

Guimaraes cemerlang membantu Newcastle untuk mencuri tiga mata penuh dari Tottenham Hotspur Stadium dengan beliau telah memuat naik gambar bayinya yang baru dilahirkan di akaun media sosial miliknya selepas tamat perlawanan tersebut.

“Ini untuk kamu semua.”

Tulis Guimaraes di laman twitter miliknya.

“Dua hari tak tidur saya sepatutnya berada di rumah, tetapi saya sentiasa mahu berada di sini bersama kamu! Terima kasih atas sokongan dan ciuman dari Matteo untuk kamu!! Dia adalah Brazillian Geordie.”

Jelas sekali semua pihak termasuk penyokong dan pengurus Newcastle turut terkejut mendengar yang pemain berusia 24 tahun itu sebenarnya sudah 2 hari tak tidor.

Selepas melihat muat naik tersebut di media sosial, pengurus kelab, Eddie Howe tampil mendedahkan kepada media tentang bagaimana dedikasinya seorang Bruno Guimaraes.

“Dia rahsiakan soal itu dari saya.”

Jelas Howe sambil tersenyum.

“Saya tahu dia tak tidur satu malam, tapi saya tak tahu dia tak tidur selama dua malam! ia sebenarnya tak boleh mengubah keputusan saya kerana dia sangat penting atas apa dia lakukan.”

“Dia berikan jiwa dan raga dia kepada kelab. Ia merupakan antara persembahan terhebat dia pernah persembahkan.”

Bercakap tentang bayi terbaru Guimaraes, Howe menyatakan bahawa:

“Saya sangat gembira untuk dia dan keluarga dia, ia merupakan detik terhebat untuk mereka. Saya rasa dia sangat berhak untuk beremosi menyambut bayi barunya itu.”

“Kami tak bincang dengan begitu mendalam. Kami tahu jika bayi dilahirkan dengan selamat, dia akan hadir untuk bermain. Dia tiba sedikit lewat malam semalam, kami tiba berasingan, dia tak datang dengan kami. Kami putuskan untuk bagi dia masa pagi nanti bersama anak dan isteri dia.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN