Selepas Liridon Krasniqi, kelibat seorang lagi calon pemain naturalisasi negara, Guilherme de Paula turut kelihatan berlatih bersama JDT.
De Paula adalah penyerang import Kuala Lumpur pada musim lalu dan sebelum ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut mengesahkan pemain kelahiran Brazil itu adalah antara dua nama yang diberikan kepada pihak kerajaan Malaysia untuk tujuan naturalisasi.
Guilherme de Paula merupakan antara 18 orang pemain yang diumumkan tidak akan bersama pasukan Kuala Lumpur pada musim hadapan oleh pihak @kualalumpurfa pada hari ini.https://t.co/WbsYg2XvkO
— FOX Sports Malaysia (@FOXSportsMY) November 25, 2019
Bagaimanapun sehingga kini, tiada pengumuman rasmi daripada juara Liga Super itu akan status De Paula. Kelibat beliau bersama skuad Harimau Selatan ketika latihan telah tersebar di media sosial, dan mencetuskan tanda tanya mengenai status pemain tersebut.
Sepertimana Liridon, kehadiran De Paula bersama JDT juga berkemungkinan atas sebab yang sama untuk mendapatkan kecergasan.
Ini bukan perkara yang menghairankan, mengambil kira kelengkapan latihan dan fasiliti latihan yang dimiliki oleh JDT.
Sebelum ini, TMJ menegaskan bahawa Liridon menyertai latihan JDT kerana pemain itu mahu mendapatkan semula kecergasan beliau.
Ianya juga langkah penting jika pemain itu diserap masuk ke dalam pasukan Harimau Malaya.
De Paula and Liridon Krasniqi telah berada di dalam radar FAM.
Posted by Semuanya BOLA on Tuesday, April 2, 2019
Namun baginda tidak menolak kemungkinan akan mendapatkan khidmat Liridon Krasniqi. Namun ianya akan dilakukan berlandaskan prosedur yang betul.
Dan selagi-lagi tiada pengumuman rasmi, maka status Liridon dan De Paula akan kekal sebegitu.