Guilherme De Paula Pemain Import Baharu Perak?

De Paula

Ketika ini sedang tular foto pemain import kelahiran Brazil, Guilherme De Paula yang dikatakan sudah memeterai perjanjian untuk bersama pasukan Perak bagi saingan Liga Malaysia 2020.

De Paula dilihat bersalaman bersama Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Haji Azumu sambil diiringi pengurus pasukan, Datuk Adly Shah Ahmad Tah dan Valdir de Sousa, yang merupakan ejen pemain berusia 33 tahun itu.

Meskipun foto tersebut sudah ‘panas’ di media sosial terutamanya dalam kalangan peminat bola sepak Perak [termasuk ‘page’ penyokong] tetapi masih berita rasmi masih belum dikeluarkan PAFA untuk mengesahkan berita mengenai De Paula ini.

FOTO: KLFA

Guilherme De Paula bukanlah nama asing dalam kancah bola sepak tanah air apabila beliau pernah menyarung jersi Selangor, PDRM FA dan Kuala Lumpur sejak dari tahun 2015.

Antara kejayaan yang pernah diraih beliau adalah ketika membantu Selangor menjuarai Piala Malaysia 2015 dan juga menjadi tonggak kejayaan Kuala Lumpur memenangi saingan Liga Premier 2017.

Musim 2015 menyaksikan beliau bersama-sama Leandro Dos Santos membawa cabaran Selangor dan lebih menarik ketika itu mereka dibimbing oleh Mehmed Durakovic.

Seperti semua sedia maklum, De Paula bersama-sama Liridon Krasniqi merupakan pilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk dijadikan pemain naturalisasi sebagai pelan jangka pendek dalam memperkuatkan skuad kebangsaan.

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada PAFA!

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN