Wow. Hanya wow sahaja yang boleh diperkatakan!
Kuala Lumpur mencatatkan kemenangan yang cukup memberangsangkan dalam aksi Liga Perdana di Stadium MP Selayang sebentar tadi.
Kenapa kami katakan wow?
Hal ini kerana penyerang mereka iaitu Guilherme De Paula menjaringkan 6, ya benar 6 gol dalam kemenangan 6-0 Kuala Lumpur!
Beliau menjaringkan 4 gol di separuh masa yang pertama seawal pada minit ke-19.
Selepas itu, De Paula menjaringkan gol di minit ke-38 dan minit ke-44 serta penalti pada minit ke-42.
Selepas itu, beliua menambah jaringkan dengan menyumbat 2 lagi gol di separuh masa kedua pada minit ke-69 sebelum menjaringkan gol ke-6 sekali lagi menerusi penalti pada minit ke-90+5.
Kemenangan ini nyata merupakan sejarah buat Kuala Lumpur apabila merekodkan kemenangan terbesar dalam kempen Liga Perdana musim ini.
De Paula juga muncul pemain pertama Kuala Lumpur menjaringkan 6 gol dalam satu perlawanan buat skuad Warga Kota ini.
Persembahan cemerlang mereka meletakkan Kuala Lumpur ditangga kedua carta Liga Perdana untuk sekurang-kurangnya tempoh 24 sebelum 5 baki perlawanan Liga Perdana diadakan esok.
Tahniah buat De Paula dan Kuala Lumpur!