Gugup Punca Arab Saudi Kalah Kepada Malaysia

Kekalahan mengejut pasukan pilihan, Arab Saudi B-23 kepada Malaysia B-23 dalam saingan AFC B-23 di China menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak asia menurut sumber laporan daripada media arab.

Skuad The Young Green Falcons hanya memerlukan keputusan seri untuk mengesahkan tiket ke suku akhir tetapi impian itu dileburkan dengan jaringan rembatan kencang daripada Danial Amier Norhisham pada minit yang ke 29 sekaligus memahat sejarah baru bola sepak Malaysia.

Arab Saudi kelihat begitu sukar untuk menembusi benteng pertahanan Malaysia apabila skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee membentuk satu unit pertahanan yang kental bagi menyerap tekanan yang memuncak sepanjang perlawanan terutamanya pada separuh masa pertama.

“Kita semua dah lihat Malaysia telah mencipta beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol, mereka berjaya menyudah salah satu peluang dengan begitu cemerlang.” kata jurulatih skuad bawah 23 Arab Saudi, Daniel Teglia kepada Arab News

“Kami menguasai permainan dalam perlawanan itu dan kami gagal menyudahkan beberapa peluang keemasan dalam bentuk gol. Saya mahu mengucapkan tahniah kepada Malaysia dan semoga mereka berjaya di suku akhir.

“Apa yang sepatutnya dirancang tidak diikuti oleh pemain dan kadang-kala pemain kami terlalu gugup serta gagal membuat hantaran dengan tepat,” jelasnya.

Kata-kata daripada beliau seolah-olah menepati ramalan Ong Kim Swee yang menjangkakan Arab Saudi lebih tertekan sebelum perlawanan bermula.

Beliau bercakap kepada Berita Harian, Arab Saudi yang muncul naib juara 2013 pasti akan lebih terdesak untuk memburu kemenangan pertama selepas hanya seri 2-2 dengan Jordan dan 0-0 menentang Iraq tatkala tiket ke suku akhir menjadi pertaruhan untuk direbut kedua-dua pasukan.

“Sudah tentu Arab Saudi adalah pasukan pilihan tapi kita juga perlukan kemenangan untuk membuka laluan semula layak ke suku akhir.

“Saya rasa Arab Saudi akan rasa lebih tertekan dengan status mereka di mana mereka perlu mendapatkan keputusan lebih baik daripada kita,” katanya.

Semalam, Arab Saudi kelihatan semakin tertekan apabila salah seorang pemain mereka Hamdan Al Shamrani dilayangkan kad merah pada babak-babak akhir permainan dan keputusan 1-0 kekal hingga tamat permainan.

“Kami telah membazirkan banyak masa. Malaysia kadang-kala sangat berbahaya apabila melancarkan serangan balas ketika semua pemain kami sudah berada di depan gawang gol lawan,” jelasnya.

Jaringan tunggal dari Danial Amier Norhisham serta kekentalan benteng pertahanan sepanjang perlawanan serta semangat juang anak buah Datuk Ong Kim Swee telah menghadiahkan sesuatu makna yang begitu besar dalam sejarah bola sepak negara tatkala skuad ini tidak begitu diberikan harapan untuk layak ke pusingan seterusnya.

Kredit featured foto: AFP

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN