Guardiola Tiada Mahu Fikir Tentang Liverpool

Pep Guardiola menganggap kekalahan kepada Wolves sebagai “hari yang buruk”, tetapi pada masa yang sama tidak mahu berfikir mengenai Liverpool yang mempunyai kelebihan lapan mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dua jaringan Adam Traore pada babak kedua perlawanan mengejutkan City dengan kekalahan 2-0, dan membenarkan Liverpool menguasai tangga teratas liga ketika kalendar bola sepak dunia tertumpu kepada saingan antarabangsa selepas ini.

Berkenaan perebutan kejuaraan EPL, Guardiola sekadar berkata:

“Ia kini dibezakan dengan jurang mata yang banyak. Mereka [Liverpool] mempunyai banyak sebab untuk tidak tercicir mata.

“Tetapi ia lebih baik untuk saya tidak berfikir mengenai perkara itu. Ianya lebih berfaedah untuk berfikir tentang apa perkara seterusnya.”

David Silva adalah antara pemain yang hampir menjaringkan gol, tetapi sekadar mengegarkan tiang gol pada ketika kedudukan terikat 0-0.

Namun hakikatnya, skuad kendalian Guardiola tidak mencipta banyak peluang seperti kebiasaan dan gagal untuk menjaringkan gol buat pertama kali di tempat sendiri sejak 45 perlawanan EPL yang lalu.

Kekalahan ini juga adalah yang pertama di tempat sendiri sejak tewas kepada Crystal Palace pada Disember tahun lalu.

Perlawanan kali ini sekali lagi mendedahka kepincangan di bahagian pertahanan City, apabila Fernandinho kelihatan bergelut beraksi sebagai pemain pertahanan tengah di sisi Nicolas Otamendi.

“Ia hari yang buruk,” ujar Guardiola.

“Perkara sebegini adakalanya akan berlaku. Kami bermula dengan baik dan kemudian kami dibolosi dalam dua situasi selepas kehilangan bola ketika cuba membina serangan.

“Pemain bertukar menjadi gementar. Perkara itu kadang kala akan berlaku. Tetapi kita masih ada banyak perlawanan untuk dilalui.

“Kami tewas kepada pasukan yang baik. Mereka adalah sebuah pasukan yang fizikal dan mempunyai kekuatan untuk bola di udara, selain sangat pantas ketika melakukan serangan balas.”

Jelas sekali Guardiola kini hanya mahu menumpukan kepada pasukannya, dan bukannya kepada Liverpool yang mendahului dengan kelebihan lapan mata selepas lapan perlawanan.

Keyakinan Guardiola sememangnya berasas. Berbaki 30 lagi perlawanan, saingan EPL masih lagi panjang. Dan kejuaraan sebenar tidak pernah dimenangi seawal Oktober.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN