Guardiola Sudah Bilang Pada 2021, Arteta Adalah Jurulatih Yang Bagus

Mikel Arteta Pep Guardiola Arsenal 2022-23

Permulaan baik Arsenal dalam saingan English Premier League (EPL) telah membawa semula komen Pep Guardiola kepada Mikel Arteta pada 2021.

Mengimbau semula pada Februari 2021, selepas Arsenal tumpas 0-1 kepada Manchester City dalam aksi liga di Emirates, Guardiola memilih untuk tetap memberi sokongan kepada bekas rakannya, Mikel Arteta.

Saat itu, Arteta juga semakin hilang dokongan para penyokong yang majoriti memintanya untuk dipecat disebabkan The Gunners berada dalam prestasi yang amat buruk. Tekanan semakin memuncak buat dirinya di Emirates.

Malah, permulaan musim 2021/22 selepas itu juga tidak memihak buatnya.

Ini komentar Guardiola kepada Arteta pada 2021 yang kembali tular kini.

“Mikel [Arteta] tahu segala-galanya. Dia sangat bagus. Ini bukan kerana dia kawan saya. Saya tahu bagaimana dia jalani kehidupannya, saya tahu apa yang dia rancang, saya tahu bagaimana dia bekerja. Dia sangat bijak.”

“Saya belajar banyak daripada menonton pasukannya dan hari ini saya belajar sesuatu yang boleh saya gunakan pada masa hadapan. Dia tahu segala-galanya tentang bola sepak.”

Jelas, beliau sangat menghormati kemampuan Arteta biarpun ramai yang mula mempersoalkannya pada saat itu. Arteta adalah pembantunya ketika pengendali itu berada di Man City antara Julai 2016 hingga Disember 2019.

Permulaan baik musim 2022/23 buat Arsenal dengan lima kemenangan berturut-turut menyaksikan mereka berada di puncak EPL dengan 15 mata maksimum. Ini adalah rekod terbaik mereka sejak kali terakhir ia dilakar oleh skuad kendalian Arsene Wenger permulaan awal musim 2004/05.

Pada musim tersebut, mereka menamatkan musim di kedudukan kedua liga, 12 mata di belakang Chelsea yang dinobat juara dengan 95 mata.

Bertemu Manchester United – yang dalam ‘mood’ terbaik, pada malam ini adalah ujian besar kemampuan mereka dalam saingan liga musim ini.

Man United dalam prestasi yang baik selepas tiga kemenangan berturut-turut bermula ke atas musuh ketat, Liverpool, Southampton dan Leicester City. Anak didik Erik ten Hag tampak sukar digugat ketika ini dan jelas ini ujian kekuatan sebenar terbaik buat Arsenal yang dibuai permulaan baik.

Kali terakhir Arsenal melakar enam kemenangan berturut-turut pada awal liga adalah pada musim 1947-48 yang mana mereka muncul juara pada kempen tersebut. Bolton menjadi penghalang rekod tersebut dilakar semula pada edisi 2004/05 apabila berhasil mengikat skuad juara EPL 2003/04 itu.

Adakah Red Devils akan menjadi penghalang buat Arsenal melakar semula rekod tersebut? Old Trafford bukanlah lokasi yang kerap memberi memori indah buat The Gunners – hanya satu menang dalam 15 pertembungan di ‘Theatre of Dreams’. Satu pertembungan yang menarik pada malam ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN