Guardiola Serahkan Kepada Sterling Sama Ada Mahu Kekal Atau Tidak

Pengendali Manchester City, Pep Guardiola menyatakan yang beliau tidak ada hak untuk memujuk Sterling kekal di Manchester City.

Sebelum ini, bintang England itu dilaporkan menolak tawaran kontrak baru di Etihad dan hanya akan menentukan sama ada untuk kekal atau tak selepas Piala Dunia 2018.

Beberapa laporan di England menyatakan Sterling merasakan dia boleh mendapatkan kontrak lebih lumayan daripada yang ditawarkan oleh City sekiranya berjaya menyinar di Piala Dunia 2018.

Ejen Sterling dilaporkan menjadi orang penting dalam hal ini. Sememangnya ada kenaikan gaji dan bonus dalam kontrak baharu, namun ejen beliau merasakan kliennya wajar menerima tawaran kontrak baharu lebih besar.

Namun sayangnya, pemain itu tidak menjadi pada Piala Dunia lalu dan gagal menjaringkan sebarang gol walaupun ada beberapa peluang keemasan.

Sterling dikatakan sedang meminta gaji yang sama dengan Aguero dan De Bruyne sebanyak £300,000 seminggu. 2 pemain tersebut adalah penerima gaji tertinggi di Etihad.

Sterling tidak akan beraksi dalam perebutan Perisai Komuniti menentang Chelsea selepas kelab beliau memberikan perlepasan untuk pemain itu menambahkan lagi cuti beliau.

Guardiola berkata, kelab mahukan Raheem Sterling kekal. Namun, kelab pula ada nilai tersendiri untuk pemain tersebut.

Guardiola turut memberikan jaminan yang situasi kontrak Sterling tidak akan mempengaruhi tempat pemain itu dalam pasukan utama.

Di samping itu, Guardiola menyatakan tiada keraguan Manchester City mahukan Sterling kekal untuk jangka panjang walaupun sudah mendapatkan Riyad Mahrez daripada Leicester City. Pep berkata:

“Dia (Sterling) tahu yang kami mahukan beliau kekal. Begitu juga dengan ejen beliau. Txiki Begiristain (Pengarah Sukan Man. City) sudah bercakap dengan beliau.”

NEWCASTLE UPON TYNE, ENGLAND – DECEMBER 27: Raheem Sterling of Manchester City celebrates after scoring the opening goal during the Premier League match between Newcastle United and Manchester City at St. James Park on December 27, 2017 in Newcastle upon Tyne, England. (Photo by Ian MacNicol/Getty Images)

“Segalanya jelas sejak hari pertama saya tiba, kami mahukan dia. Namun perjanjian tetap perjanjian, ejen tetap ejen dan pemain tetap pemain.”

“Akhir sekali, saya tak tahu apa akan berlaku. Namun saya boleh berikan jaminan yang kelab ini, saya selaku pengurus, pengarah sukan dan rakan-rakan sepasukan beliau, 100% mahukan Sterling kekal.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN